Friday 13 November 2009

Aktiviti 2 : Abstrak Jurnal

ABSTRAK JURNAL MASHITOH BINTI ABDULLAH

Jurnal 1 : Collaborative Learning Enhances Critical Thinking
Oleh : Anuradha A. Gokhale
Jurnal ini menulis tentang konsep pembelajaran kolaboratif secara berkumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk mencapai matlamat akademik yang telah banyak dikaji sebelumm ini. Istilah pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajar merangkumi pelbagai tahap. Pembelajaran kolaboratif menjadikan pelajar aktif dalam penukaran idea di kalangan kumpulan kecil bukan sahaja dapat meningkatkan minat tetapi dapat juga memperkenalkan cara pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Kebanyakan kajian banyak dialakukan di sekolah, namun kajian ini akan menjelaskan penggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif di peringkat kolej pula.

Jurnal 2 : Using Point-of-View Video Modelling to Teach Play to Preschoolers With Autisme
Oleh : Jeffrey F. Hine dan Mark Wolery
Menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video untuk mengajar kanak-kanak prasekolah autisme bermain. Kajian ini mengukur keberkesanan menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video dalam mengajar menggunakan kemahiran-kemahiran bermain permainan yang dipilih kepada dua orang pelajar prasekolah yang autisme. Model-model yang ditunjukkan ini melibatkan rakaman video dan tanpa rakaman video. Kajian ini melihat sejauh mana perspektif kanak-kanak apabila melihat sesuatu dan seterusnya melakukan kemahiran yang disasarkan. Pengkaji menggunakan pelbagai cara terhadap dua kanak-kanak ini berdasarkan dua tingkahlaku untuk menilai kesan sudut pandangan yang ditunjukkan yang diperolehi oleh kanak-kanak dan menyelenggarakan tindakan bermain. Mereka menggunakan kaedah yang digeneralisasikan untuk menilai tahap di mana para peserta menggunakan kemahiran baru dan permainan baru semasa aktiviti bilik darjah. Hasilnya menunjukkan bahawa mode sudut pandangan yang ditunjukkan adalah alat yang berkesan untuk pengajaran bermain kepada pelajar prasekolah dengan autisme.


Jurnal 3 : Direct InstructionWith Playfull Skill Extention
Oleh : Jean M Keaton
Kaedah pengajaran secara langsung telah ditemui untuk memperkenalkan kebolehan membaca dan menulis dalam membangunkan pembaca. Sama juga pentingnya, srategi pembelajaran yang membolehkan anak-anak untuk membina pengetahuan melalui penyertaan antif akan meningkatkan motivasi mereka untuk membaca dan menulis. Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah untuk meninjau keberkesanan pangajaran secara langsung dengan berjenaka yang dikaitkan dalam membangunkan penulisan dan pembacaan di tadika. Objektif projek ini adalah untuk menghubungkan amalan-amalan yang bersesuaian pengajran arahan langsung. Pendekatan yang sistematik tentang Strategi
Pembelajaran Bantuan Penelitian (PALS) telah diikuti dengan hanya menggunakan pelajaran-pelajaran yang diarahkan oleh guru, bermain mengikut pembelajaran PALS secara menyeluruh yang diintegrasikan bagi mengekalkan minat kanak-kanak serta memberi motivasi untuk mereka belajar. Keputusan menunjukkan bahawa pelajar yang awalnya menunujukkan prestasi yang rendah dalam menyebut sebutan yang dubaca dan prestasi menulis telah m encapai peningkatan yang terbaik dalam mengenalpasti huruf dan bunyi dan dalam mengaplikasi pengetahuan huruf dan bunyi untuk menjadikan ejaan tepat dalam penulisan. Pelajar-pelajar tadika yang tinggi ketingggian dalam keupayaan membaca menjadikan pencapaian yang lebih baik dengan memperkenalkan perkataan yang dilihat.

ABSTRAK JURNAL NORFASLIN BINTI SUDIN

Jurnal 1:Engaging Children with Useful Words:Vocabulary Instruction in a Third Grade Classroom
Oleh :(Lynn CohenLong Island University, C.W. Post and Katherine ByrnesGreat Neck Public Schools)
Kajian ini dilakukan untuk melihat penggunaan perbendaharaan kata dalam lisan, komunikasi dan bertulis semasa menyediakan penulisan dalam seharian kanak-kanak di sekolah. Kajian ini juga melihat cara yang paling bagus perlu digunakan untuk meningkatkan mutu penggunan perbendaharaan kata di sekolah. Tidak seperti cara yang lama dimana guru mengajar tentang perbendaharaan kata melalui kaedah syarahan dan menyuruh mereka membaca apa yang ada didalam buku tersebut. Tapi melalui kaedah tindakan ini, guru meminta mereka membaca dengan kuat supaya guru dapat membetulkan kesalahan mereka dan guru mengalakkan kaedah bercerita didalam kelas supaya perbendaharaan kata mereka baik. Mereka akan belajar 6 perkataan baru setiap hari supaya penulisan mereka bertambah baik. Dari perkataan yang diberi, pelajar akan cuba untuk membuat ayat dan kemudian membaca dengan kuat apa yang ditulis oleh mereka.

Jurnal 2:Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice::
Oleh: (Katherina A’Connor, H. Carol Greene & Patricia J. Anderson)
Kajian tindakan ialah alat atau bahan untuk menolong guru atau tenaga pengajar untuk mendapat strategi pengajaran yang bersesuaian ketika mengajar (Sagor, 2004). Melalui kajian tindakan, terdapat perubahan yang positif seperti peningkatan cara pengajaran guru, refleksi kendiri dan meningkatkan keseluruhan pengajaran didalam kelas(Ferrance, 2000,Johnson & Button at el). Kajian ini lebih bermakna kepada guru kerana guru itu sendiri yang membuat kajian terhadap kelas mereka sendiri.

::Jurnal 3:Action Research in the Secondary Science Classroom: Student response to Differentiated, Alternative Assessment::
Kajian dibuat bedasarkan matapelajaran Sains di sekolah dimana guru menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka didalam kelas. Seperti cara tradisional, guru menganalisis masalah disekolah dan kemudiaan menyelesaikannya untuk diguna pakai untuk masa akan datang. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi kegemaran pelajar ini tentang subjek sains. Di dalam kajian ini, guru-guru berpengalaman turut serta dan bersama-sama mencari kaedah terbaik dalam pengajaran sains.


ABSTRAK JURNAL MARINA BINTI ISMAIL

Jurnal 1: Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Eduaction
By : David McConnell

Dalam kertas kajian ini, pengkaji menumpukan kepada analisis kerja secara kolaboratif dan pengalaman belajar pelajar yang terlibat dengan memberikan mereka pembelajaran yang berpusatkan masalah iaitu distributed problem-based learning (dPBL) dengan mula menjawab soalan “apakah yang berlaku dalam kumpulan dPBL?”. Berdasarkan pernyataan tersebut, pengkaji mengemukakan dua perkara yang mempunyai hubung kait. Permulaan penilaian pembelajaran adalah dengan cara yang mana kumpulan dPBL membangun sepanjang masa kerja mereka. Pengkaji mengemukakan tiga perbezaan, tetapi tahap pembangunan dalam kumpulan adalah serantak iaitu tahap pertama menggambarkan rundingan. Kedua pula adalah pembahagian tugas dan persetujuan berdasarkan aktiviti kajian dan ketiga adalah berkenaan dengan penghasilan atau pun pengeluaran. Kajian kedua adalah untuk melihat bagaimana cara kerja dalam kumpulan secara dalaman dan luaran dapat membangun dan mengekalkan komuniti pelajar. Kaedah dalam kajian ini adalah melibatkan perbincangan secara online, analisis transkrip perbincangan, perbahasan aktiviti dan perkongsian pengeluaran atau produktiviti.


Jurnal 2 (Abstrak): The Effect of Picture and Prompt on the Writing of student in Primary Grades: Action Reseach by Graduate Students at California State University, Northridge.
Oleh: Marily Joshua et.al

Jurnal ini adalah berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan oleh 9 orang guru yang mempunyai pengalaman rata-ratanya adalah selama 6 tahun (1 hingga 15 tahun). Ianya melibatkan kajian tindakan yang mengkaji tentang kesan atau pengaruh penggunaan gambar dalam penulisan murid. Seramai 165 murid terlibat iaitu seramai 83 orang lelaki dan 82 orang perempuan yang terdiri daripada murid tadika hingga gred 2. Data telah menunjukkan bahawa apabila guru memilih tugasan penulisan sebagai satu cara untuk murid mengembangkan penulisannya, penting untuk mereka tahu sama ada menggunakan ‘prompt’ sahaja atau ‘prompt’ berpasangan dengan gambar akan lebih memberi manfaat. Bagi murid yang muda, mungkin murid bahasa kedua, gambar akan membantu kemahiran menulis dan melukis. Walaubagaimana pun, selepas tadika, gambar yang digabungkan bersama ‘prompt’ tidak member kesan positif terhadap penulisan mereka. Guru sebagai pengkaji telah member kesimpulan bahawa walaupun gambar akan memberi konteks dan maklumat latar belakang untuk murid di peringkat semua umur, ia akan menyekat kreativiti mereka. Ini adalah dapatan yang tidak diduga kerana faktor penentu adalah pengalaman dan pengetahuan bahasa Inggeris mereka.


Jurnal 3: “It’s about the Kids”: Transforming Teacher-Student Relationships through Action Research
By: Dwight Rogers et.al

Kajian tindakan adalah sering kali termasuk dalam program pengajaran guru untuk memperbaiki refleksi dan latihan guru. Melalui kajian ini ia memberi tanda yang menunjukkan kesan ke atas pelajar. Artikel ini merupakan penilaian penulis terhadap kajian tindakan yang telah dilakukan oleh 114 guru berpenagalaman yang mengambil sarjana dalam pendidikan. Guru-guru tersebut terdiri daripada pelbagai bidang disiplin dan tahap. Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan, penulis mendapati bahawa kajian tindakan yang dilakukan oleh guru ini adalah untuk mengkaji tiga perkara utama iaitu apabila guru mendapati bahawa kuranganya hubungan interpersonal dengan pelajar, pelajar yang kurangnya memahami tugas meraka sebagai pelajar dan pelajar yang kurang bersuara di dalam kelas. Penulis telah mengemukakan tiga masalah ini melalui beberapa contoh kajian yang telah dijalankan.

0 comments: