Friday 13 November 2009

Aktiviti 3 : Pembentangan Kolokium DPLI Januari


PEMBENTANGAN PERTAMA
An Application Of Cooperative Learning By Using Internet Resources To Increase Student’s Participation And Interest In Learning English For Science And Technology (EST) Subject.
By; Tiun Siew Mond and Tan Sin Yee

Problem Study

1. Will cooperative learning increase students’ participation in EST teaching and learning process?

2. Will students’ interest increase by conducting cooperative learning?

Methodology/sampling/setting

Sampling or the targeted participants consisted of 28 Form 4H students and 32 Form 4N students in ST. JOHN Institution (SJI). Model of this action research used is Gerald Susman Model. This model including diagnosing, action planning, taking action, reflection, amended plan, take second action stage. Procedure in this research start with forming of groups and than different task topic given. After that, student by group doing their work with searching information through internet and will transfer information from linear text to non-linear text. Last procedure student doing presentation by using all information that they found.

Data Collected

Base on data collected, it was found that the used of this technique produced positive results in terms of students participation in the lesson and their ability to present their findings outcome orally and share their information with the class. The data of the research was collected by using classroom observation, interview students finding and questionnaire. The data was analyzed quantitatively and qualitatively.

Finding

The finding in this research showed the increase in students participation and their interest. Moreover, the targeted classrooms atmosphere becomes more positive. They looked excited to search information through internet and able to finish their work on time.

Input From Presentation

Student more interested learning by group and cooperative learning actually give advantage for student to help each other in learning process. Using internet resources also will attract student’s participation and interest in learning English For Science And Technology (EST) subject.


PEMBENTANGAN KEDUA

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif

Oleh; Siti Zubaidah Bt Ingsa dan Suryatee Bt Abd Rashid

Penyataan Masalah
1. Mengenalpasti pengalaman dan pandangan pelajar terhadap pembelajaran berpusatkan guru (teachers centred).

2. Menilai dan mengetahui pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam sebelum pembelajaran koperatif diperkenalkan.

3. Menilai pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam selepas pembelajaran koperatif diperkenalkan.

Metodologi /sampel/ setting Kajian

Prosedur yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada empat, iaitu mengenalpasti masalah, merancang, tindakan dan refleksi. Dalam kajian ini juga, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan ialah dengan menggunakan kaedah;

1. Kaedah pemerhatian dibuat melalui refleksi guru, penilaian guru matapelajaran Pendidikan Islam serta penilaian daripada penyelia.

2. Soalan ujian pre-test dan post-test. Kaedah ini digunakan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar serta senarai semak untuk mengetahui respon daripada pelajar mengenai pembelajaran yang telah berlangsung.

3. Boring soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik pembelajaran berpusatkan pelajar dan soal selidik pembelajaran berpusatkan guru.

Responden untuk kajian ini terdiri daripada para pelajar dari tingkatan 4DK1/2 dan 4DK3/4 dari Sekolah Menengah Danau Kota, Kuala Lumpur.

Pengumpulan Data
Selepas mengenalpasti masalah dan merancang kaedah pembelajaran koperatif, tindakan dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah yang dirancang di dalam kelas Pendidikan Islam. Kemudian, penambahbaikan dilakukan selepas membuat sesi refleksi melalui pemerhatian dan soalan-soalan ujian pre-test, post-test dan borang soal selidik.

Hasil Dapatan

Hasil dapatan daripada kajian ini dapat ditunjukkan dalam dua bentuk iaitu data kualitatif dan data kuantitatif. Data kualitatif berkaitan dengan perubahan sikap pelajar-pelajar yang boleh dilihat melalui pemerhatian. Manakala, data kuantitatif dapat dilihat melalui pencapaian markah mereka dalam matapelajaran Pendidikan Islam.Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa pengajaran guru berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dengan menggunakan pemebelajaran secara koperatif melalui teknik ”numbered head together” dan ”thinks-pair-share”. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hanya sedikit sahaja penurunan peratusan pencapaian yang disebabkan oleh ketidakhadiran pelajar semasa ujian berlangsung. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada para pentadbir dan pelajar amnya dan para guru Pendidikan Islam khususnya untuk mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Input Daripada Pembentangan

Daripada pembentangan ini saya dapat membezakan antara penilaian bersama yang dilakukan secara tradisional lebih berbentuk penilaian yang hanya dibuat oleh satu pihak sahaja iaitu guru. Manakala penilaian dalam pembelajaran koperatif dilakukan bersama oleh semua pihak iaitu guru serta ahli kumpulan. Keadaan ini akan memudahkan guru membuat keputusan penilaian dengan lebih adil serta dapat diterima oleh setiap pelajar dalam kumpulan secara terbuka. Selain itu, pembelajaran secara bekerjasama mampu meningkatkan kualiti hasilan pembelajaran.


CADANGAN/ULASAN KEDUA-DUA PEMBENTANGAN


Dari segi pemilihan tajuk, kedua-dua tajuk yang dibentangkan ini dilihat menepati kehendak untuk dijadikan sesuatu tajuk dalam kajian tindakan. Namun, kedua-dua tajuk tersebut agak panjang dan sebenarnya ia boleh diringkaskan lagi.

0 comments: