Friday 13 November 2009

Aktiviti 5 : Kepentingan Kajian Tindakan Kepada Guru Novis

1)Supaya guru dapat meningkatkan mutu amalan yang dilakukan ke arah yang lebih baik lagi sebagai satu langkah untuk memajukan diri.

2) untuk memperbaiki teknik pengajaran agar ia dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih aktif.

3) Untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas

4) Meningkatkan dan membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui pengajaran yang berkesan

5) Sebagai satu langkah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi sama ada melibatkan P&P, pencapaian pelajar atau pun prestasi guru.

6) Memperkembangkan pengetahuan yang sedia ada dan cuba mencari penemuan yang terbaru dan terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

7) Menjadikan guru itu kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

0 comments: