Saturday 21 November 2009

Aktiviti 7: Kelemahan Pengajaran Menggunakan Token

Pengalaman/refleksi Individu
Subjek kemahiran hidup berdasarkan pengalaman yang saya lalui mempunyai kelemahan juga. Antara kelemahannya ialah;

1)Tidak semua pelajar di dalam kelas berminat untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari kerana terdapat pelajar yang hanya berminat terhadap subjek-subjek yang berbentuk teori sahaja.

2)Pendekatan yang digunakan oleh guru dan projek-projek amali yang dilakukan adalah stereotaip sepanjang masa. Guru-guru Kemahiran Hidup seharusnya merancang sesuatu projek yang dekat dengan persekitaran mereka supaya pelajar lebih berminat untuk menyertai aktiviti amali.

3)Tiada rangsangan yang dilakukan oleh guru Kemahiran Hidup terhadap pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek ini.

Pengalaman/refleksi Berpasukan
(Norfaslin Binti Sudin)
Bagi saya, untuk subjek Kemahiran Hidup ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan. Di antaranya ialah:-
a) Tidak minat-Tidak semua pelajar disekolah meminati subjek Kemahiran Hidup. Ini kerana, mereka tidak menyukai guru yang mengajar atau pengajaran guru terlalu membosankan. Tidak semua pelajar menyukai kemahiran yang diberikan oleh guru.

b) Penerangan tradisional-Penerangan yang dibuat disekolah terlalu tradisional. Tiada tayangan video atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Cara yang selalu digunakan ialah dengan cara demonstrasi.

c)Tidak diberikan hadiah-sebagai contoh, apabila satu kumpulan itu menang seperti contoh pertandingan memasak diantara kumpulan, guru tidak memberikan sebarang hadiah. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan minat pelajar untuk memenangi pertandingan tersebut.

(Marina Binti Ismail)
melalui pengalaman saya, penggunaan token mempunyai kelemahan tertentu:
1)biasanya pemberian token lebih tertumpu kepada pelajar aktif dan pelajar pasif merasa mereka terpinggir kerana pelajar cergas di dalam kelas sahaja yang sentiasa mendapat ganjaran.
2)ada juga pelajar yang tidak kisah dengan pemberian token.
3)kadang kala pemberian token membuatkan pelajar membuat sesuatu kerja dengan mengharapkan ganjaran.

0 comments: