Saturday 7 November 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL

ULASAN JURNAL 1

Tajuk : Collaborative Learning Enhances Critical Thingking
OLah : Anuradha A. Gokhale

PENGENALAN
Jurnal ini menulis tentang konsep pembelajaran kolaboratif secara berkumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk mencapai matlamat akademik yang telah banyak dikaji sebelumm ini. Istilah pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajar merangkumi pelbagai tahap. Pembelajaran kolaboratif menjadikan pelajar aktif dalam penukaran idea di kalangan kumpulan kecil bukan sahaja dapat meningkatkan minat tetapi dapat juga memperkenalkan cara pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Kebanyakan kajian banyak dialakukan di sekolah, namun kajian ini akan menjelaskan penggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif di peringkat kolej pula.

TUJUAN KAJIAN
Menguji sejauh mana kaedah pembelajaran kolaboratif dapat meningkatkan kemahiran praktikal dan kemahiran berfikir secara kritikal.

PERSOALAN KAJIAN
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dalam perbandingan ujian antara pembelajaran individu dan pembelajaran kolaboratif.
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian pemikiran kritikan antara pembelajaran individu dan pembelajaran kolaboratif.

METODOLOGI
Menggukan skor ujian post ke atas 48 orang pelajar teknologi industri di Universiti Illinois. Pelajar dipecahkan kepada 2 kategori, satu berada dalam kumpulan dab satu kategori lagi melakukan untuk menyelesaikan tugasan berbentuk kemahiran praktikan dan kemahiran berfikir secara kritis.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos yang diberikan kepada pelajar. Kedua-dua ujian ini diberikan secara kumpulan (kolaboratif) dan juga diberi secara individu. Dalam ujian secara individu, mereka akan diberi task dlm bentuk lembaran kerja dan perlu menyiapkannnya sendiri secara individu. Sebelum ujian mereka akan diterangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara individu. Masa yang diberikan adalah selama 30 minit. Penganalisisan data akan dilakukan dengan melihat sejauh mana pelajar dapat menyelesaikan masalah yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut. kemudian ujian secara kolaboratif dilakukan dengan kumpulan kecil dibentuk daripa semua individu tadi. dalam kumpulan kecil pula mereka harus membuat perbincangan bersama untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. analisis data dilakukan dengan menilai sejauhmana sumbangan idea yang dikeluarkan oleh setiap kumpulan.

HASIL PENEMUAN
Daripada skor ujian post, kumpulan yang menggunakan kaedah kolaboratif mendapat mata yang lebih tinggi dalam item kemahiran praktikal.
Daripada skor ujian post juga kumpulan pembelajaran koperatif mendapat mata yang lebih tinggi dalam item pemikiran kritikal berbanding pembelajaran secara individu.

CADANGAN
Kajian pada masa hadapan perlu menyiasat kesan perbezaan dalam proses pembelajaran koperatif.



ULASAN JURNAL 2
Tajuk : Direct Instruction With Playful Skill Extentions
Oleh : Jean M Keaton

PENGENALAN
Kaedah pembelajaran secara permainan telah ditemui untuk membantu dalam perolehan untuk membangunkan pelajar membaca. Kaedah ini melihat pembagunan kemahiran menulis dan membaca yang dilakukan di kalangan pelajar-pelajar tadika yang memerlukan pelbagai teknik untuk membaca dan penulisan. Kajian ini akan menggunakan teknik permainan melalui sebutan bunyi-bunyi huruf dan perkataan dan kemudiaanya, diaplikasikan kepada penulisan.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat bagaimana pengajaran secara langsung melalui permainan dapat meningkatkan kemahiran membaca dan penulis pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN
Untuk memastikan keberterusan minat dan motivasi pelajar dalam pengajaran membaca dan menulis.

METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap pelajar berdasarkan beberapa kemahiran/kriteria. Data-data dikumpul berdasarkan pemerhatian daripada kemahiran mengenal huruf, membunyikan huruf, sight word (pemerhatian perkataan) dan sebaginya. Kajian ini dilakukan terhadap 15 daripada 20 orang pelajar di dalam kelas tadika.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Data dikumpul apabila pelajar dinilai kemahiran mereka mengenalpasti huruf, membunyikan huruf, menyebut perkataan yang dipandang dan satu demi satu penilaian ini akan diconduct. Pelajar akan ditunjukkan 15 flash card perkataan yang perlu disebut dlm masa kurang dari 2 saat. Jika pelajar berjaya menjawab, flash card yang lebih susah akan digunakan. Sekiranya pelajar tidak berjaya menjawab 5 daripa 15 flash card tersebut, sesi penilaian akan dihentikan. Data-data dianalisis berdasarkan keputusan ujian pra tersebut untk menilai pelajar manakah yang boleh menguasai pembacaan dan pelajar mana yang berjaya membaca dengan baik. keputusannya 14 drp 15 orang pelajar berjaya dalam ujian ini.

HASIL KAJIAN
Pelajar yang pada mulanya menunjukkan prestasi yang lemah/rendah dalam menyebut huruf dan penulisan menunujukkan peningkatan dengan dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenal huruf dan perkataan dalam penulisan.

ULASAN JURNAL 3 : Using Point-of-View Video Modelling to Teach Play to Preschoolers With Autisme
Oleh : Jeffrey F. Hine dan Mark Wolery

PENGENALAN
Menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video untuk mengajar kanak-kanak prasekolah autisme bermain. Kajian ini mengukur bagaimana menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video dalam mengajar menggunakan kemahiran-kemahiran bermain permainan yang dipilih kepada dua orang pelajar prasekolah yang autisme. Model-model yang ditunjukkan ini melibatkan rakaman video dan tanpa rakaman video. Kajian ini melihat sejauh mana perspektif kanak-kanak apabila melihat sesuatu dan seterusnya melakukan kemahiran yang disasarkan. Pengkaji menggunakan pelbagai cara terhadap dua kanak-kanak ini berdasarkan dua tingkahlaku untuk menilai kesan sudut pandangan yang ditunjukkan yang diperolehi oleh kanak-kanak dan menyelenggarakan tindakan bermain. Mereka menggunakan kaedah yang digeneralisasikan untuk menilai tahap di mana para peserta menggunakan kemahiran baru dan permainan baru semasa aktiviti bilik darjah. Hasilnya menunjukkan bahawa mode sudut pandangan yang ditunjukkan adalah alat yang berkesan untuk pengajaran bermain kepada pelajar prasekolah dengan autisme.

TUJUAN KAJIAN
Adakah dengan melihat video dapat membantu kanak-kanak prasekolah autisme memahami apa yang mereka saksikan dan mengaplikasikannya untuk bermain bersama rakan-rakan.

OBJEKTIF KAJIAN
Untuk membolehkan kanak-kanak autisme bermain seperti kanak-kanak lain.

METODOLOGI
Kajian dilakukan terhadap 2 orang kanak-kanak dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Christine seorang kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan dan Kaci pula juga kanak-kanak perempuan berusia 43 bula. Kedua-dua orang kanak-kanak ini mempunyai masalah autisme. Kajian dilakukan dengan memberi permainan kepada kedua-dua orang kanak-kanak ini. Pemerhatian dilakukan dan kemudian tayangan video ditunjukkan dan dan pemerhatian dilakukan lagi .


HASIL KAJIAN
Ternyata selepas beberapa kali tontonan video dilakukan, kanak-kanak autisme ini sudah pandai menggunakan alat permainan untuk bermain dengan betul. mereka juga dapat menyesuaikan diri untuk bersama-sama bermain dengan kanak-kanak lain.

0 comments: