Friday 4 December 2009

Aktiviti 11 : Penyataan masalah berdasarkan jurnal

Tajuk Jurnal 1 : Collaborative Learning Enhances Critical Thingking
Oleh : Anuradha A. Gokhale

Apa penyataan masalah dalam kajian?
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dalam perbandingan ujian antara pembelajaran individu dan pembelajaran kolaboratif.
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian pemikiran kritikan antara pembelajaran individu dan pembelajaran kolaboratif.

Bagaimana mereka melapor penyataan masalah?
Penyataan masalah dalam jurnal ini dibuat berdasarkan pemerhatian oleh pengkaji terhadap situasi pelajar di kolejnya yang kurang mengambil bahagian dalam memberi idea-idea atau mengutarakan pendapat di dalam kelas. Pengkaji juga mendapati kajian-kajian berkaitan pembelajaran secara kolaboratif sering dilakukan di peringkat sekolah sahaja. Oleh itu, beliau ingin melihat keberkesanan pembelajaran kolaboratif ini kepada pelajar-pelajarnya di kolej untuk lebih aktif sebagai pemikir yang kritis-dan kreatif secara berpasukan untuk sama-sama mencambah idea.


Tajuk Jurnal 2 : Direct Instruction With Playful Skill Extentions
Oleh : Jean M Keaton

Apa penyataan masalah dalam kajian?
1. Adakah pengajaran secara arahan langsung melaui permainan berkesan untuk meningkatkan kemahiran menulis dan membaca di kalangan pelajar.
2. Adakah kaedah pengajaran yang digunakan ini dapat meningkatkan kemahiran menulis dan membaca di kalangan pelajar.

Bagaimana mereka melapor penyataan masalah?

0 comments: