Tugasan di ruangan aktiviti
Sunday, 8 November 2009
Saturday, 7 November 2009
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL 1
Tajuk : Collaborative Learning Enhances Critical Thingking
OLah : Anuradha A. Gokhale
PENGENALAN
Jurnal ini menulis tentang konsep pembelajaran kolaboratif secara berkumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk mencapai matlamat akademik yang telah banyak dikaji sebelumm ini. Istilah pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajar merangkumi pelbagai tahap. Pembelajaran kolaboratif menjadikan pelajar aktif dalam penukaran idea di kalangan kumpulan kecil bukan sahaja dapat meningkatkan minat tetapi dapat juga memperkenalkan cara pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Kebanyakan kajian banyak dialakukan di sekolah, namun kajian ini akan menjelaskan penggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif di peringkat kolej pula.
TUJUAN KAJIAN
Menguji sejauh mana kaedah pembelajaran kolaboratif dapat meningkatkan kemahiran praktikal dan kemahiran berfikir secara kritikal.
PERSOALAN KAJIAN
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dalam perbandingan ujian antara pembelajaran individu dan pembelajaran kolaboratif.
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian pemikiran kritikan antara pembelajaran individu dan pembelajaran kolaboratif.
METODOLOGI
Menggukan skor ujian post ke atas 48 orang pelajar teknologi industri di Universiti Illinois. Pelajar dipecahkan kepada 2 kategori, satu berada dalam kumpulan dab satu kategori lagi melakukan untuk menyelesaikan tugasan berbentuk kemahiran praktikan dan kemahiran berfikir secara kritis.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos yang diberikan kepada pelajar. Kedua-dua ujian ini diberikan secara kumpulan (kolaboratif) dan juga diberi secara individu. Dalam ujian secara individu, mereka akan diberi task dlm bentuk lembaran kerja dan perlu menyiapkannnya sendiri secara individu. Sebelum ujian mereka akan diterangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara individu. Masa yang diberikan adalah selama 30 minit. Penganalisisan data akan dilakukan dengan melihat sejauh mana pelajar dapat menyelesaikan masalah yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut. kemudian ujian secara kolaboratif dilakukan dengan kumpulan kecil dibentuk daripa semua individu tadi. dalam kumpulan kecil pula mereka harus membuat perbincangan bersama untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. analisis data dilakukan dengan menilai sejauhmana sumbangan idea yang dikeluarkan oleh setiap kumpulan.
HASIL PENEMUAN
Daripada skor ujian post, kumpulan yang menggunakan kaedah kolaboratif mendapat mata yang lebih tinggi dalam item kemahiran praktikal.
Daripada skor ujian post juga kumpulan pembelajaran koperatif mendapat mata yang lebih tinggi dalam item pemikiran kritikal berbanding pembelajaran secara individu.
CADANGAN
Kajian pada masa hadapan perlu menyiasat kesan perbezaan dalam proses pembelajaran koperatif.
ULASAN JURNAL 2
Tajuk : Direct Instruction With Playful Skill Extentions
Oleh : Jean M Keaton
PENGENALAN
Kaedah pembelajaran secara permainan telah ditemui untuk membantu dalam perolehan untuk membangunkan pelajar membaca. Kaedah ini melihat pembagunan kemahiran menulis dan membaca yang dilakukan di kalangan pelajar-pelajar tadika yang memerlukan pelbagai teknik untuk membaca dan penulisan. Kajian ini akan menggunakan teknik permainan melalui sebutan bunyi-bunyi huruf dan perkataan dan kemudiaanya, diaplikasikan kepada penulisan.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat bagaimana pengajaran secara langsung melalui permainan dapat meningkatkan kemahiran membaca dan penulis pelajar.
OBJEKTIF KAJIAN
Untuk memastikan keberterusan minat dan motivasi pelajar dalam pengajaran membaca dan menulis.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap pelajar berdasarkan beberapa kemahiran/kriteria. Data-data dikumpul berdasarkan pemerhatian daripada kemahiran mengenal huruf, membunyikan huruf, sight word (pemerhatian perkataan) dan sebaginya. Kajian ini dilakukan terhadap 15 daripada 20 orang pelajar di dalam kelas tadika.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Data dikumpul apabila pelajar dinilai kemahiran mereka mengenalpasti huruf, membunyikan huruf, menyebut perkataan yang dipandang dan satu demi satu penilaian ini akan diconduct. Pelajar akan ditunjukkan 15 flash card perkataan yang perlu disebut dlm masa kurang dari 2 saat. Jika pelajar berjaya menjawab, flash card yang lebih susah akan digunakan. Sekiranya pelajar tidak berjaya menjawab 5 daripa 15 flash card tersebut, sesi penilaian akan dihentikan. Data-data dianalisis berdasarkan keputusan ujian pra tersebut untk menilai pelajar manakah yang boleh menguasai pembacaan dan pelajar mana yang berjaya membaca dengan baik. keputusannya 14 drp 15 orang pelajar berjaya dalam ujian ini.
HASIL KAJIAN
Pelajar yang pada mulanya menunjukkan prestasi yang lemah/rendah dalam menyebut huruf dan penulisan menunujukkan peningkatan dengan dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenal huruf dan perkataan dalam penulisan.
ULASAN JURNAL 3 : Using Point-of-View Video Modelling to Teach Play to Preschoolers With Autisme
Oleh : Jeffrey F. Hine dan Mark Wolery
PENGENALAN
Menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video untuk mengajar kanak-kanak prasekolah autisme bermain. Kajian ini mengukur bagaimana menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video dalam mengajar menggunakan kemahiran-kemahiran bermain permainan yang dipilih kepada dua orang pelajar prasekolah yang autisme. Model-model yang ditunjukkan ini melibatkan rakaman video dan tanpa rakaman video. Kajian ini melihat sejauh mana perspektif kanak-kanak apabila melihat sesuatu dan seterusnya melakukan kemahiran yang disasarkan. Pengkaji menggunakan pelbagai cara terhadap dua kanak-kanak ini berdasarkan dua tingkahlaku untuk menilai kesan sudut pandangan yang ditunjukkan yang diperolehi oleh kanak-kanak dan menyelenggarakan tindakan bermain. Mereka menggunakan kaedah yang digeneralisasikan untuk menilai tahap di mana para peserta menggunakan kemahiran baru dan permainan baru semasa aktiviti bilik darjah. Hasilnya menunjukkan bahawa mode sudut pandangan yang ditunjukkan adalah alat yang berkesan untuk pengajaran bermain kepada pelajar prasekolah dengan autisme.
TUJUAN KAJIAN
Adakah dengan melihat video dapat membantu kanak-kanak prasekolah autisme memahami apa yang mereka saksikan dan mengaplikasikannya untuk bermain bersama rakan-rakan.
OBJEKTIF KAJIAN
Untuk membolehkan kanak-kanak autisme bermain seperti kanak-kanak lain.
METODOLOGI
Kajian dilakukan terhadap 2 orang kanak-kanak dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Christine seorang kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan dan Kaci pula juga kanak-kanak perempuan berusia 43 bula. Kedua-dua orang kanak-kanak ini mempunyai masalah autisme. Kajian dilakukan dengan memberi permainan kepada kedua-dua orang kanak-kanak ini. Pemerhatian dilakukan dan kemudian tayangan video ditunjukkan dan dan pemerhatian dilakukan lagi .
HASIL KAJIAN
Ternyata selepas beberapa kali tontonan video dilakukan, kanak-kanak autisme ini sudah pandai menggunakan alat permainan untuk bermain dengan betul. mereka juga dapat menyesuaikan diri untuk bersama-sama bermain dengan kanak-kanak lain.
Posted by masyee at 16:29 0 comments
Labels: TUGASAN
TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
An Application Of Cooperative Learning By Using Internet Resources To Increase Student’s Participation And Interest In Learning English For Science And Technology (EST) Subject.
By; Tiun Siew Mond and Tan Sin Yee
Purpose
This technique has been chosen to change students attitude toward EST subject.
Objective
1. Increase students participation through cooperative learning incorporate with internet
resources.
2. Increase students’ interest in learning EST
The problems of the study
1. Will cooperative learning increase students’ participation in EST teaching and learning
process?
2. Will students’ interest increase by conducting cooperative learning?
Methodology
Sampling or the targeted participants consisted of 28 Form 4H students and 32 Form 4N students in ST. JOHN Institution (SJI). Model of this action research used is Gerald Susman Model. This model including diagnosing, action planning, taking action, reflection, amended plan, take second action stage. Procedure in this research start with forming of groups and than different task topic given. After that, student by group doing their work with searching information through internet and will transfer information from linear text to non-linear text. Last procedure student doing presentation by using all information that they found. Base on data collected, it was found that the used of this technique produced positive results in terms of students participation in the lesson and their ability to present their findings outcome orally and share their information with the class. The data of the research was collected by using classroom observation, interview students finding and questionnaire. The data was analyzed quantitatively and qualitatively.
The interview was conducted informally by using four questions relation to what the students thought of EST subject before the use of this technique in teaching English for science and technology lesson. The questions used in the interview focus to know about their ideas on group learning activities and also their preferences teaching way of the teacher.
Interviews were conducted to gain information regarding the response of students in the first and second cycle due to the collaborative learning which we implied in our teaching and learning process. There are five students were randomly selected to be interviewed individually in the classroom after finished the lesson in each cycle in our research.
There were four questions were asked during the interview session. The intention of these questions was to discover the students’ perceptions towards this technique whether the students like or dislike the cooperative learning activity. The interview session is crucial to our research due to the fact that specific opinions are needed in details to improve our study.
b) Questionnaires
There are two types of questionnaire were carried out, namely open-ended questions and close-ended questions. The questionnaires is used to get know the students’ feelings and attitudes about before and after the technique we implied in our research. The open-ended questionnaires were given pre-implementation of the technique, while the close-ended questionnaires were given after the implementing the technique.
The first set of questionnaire contained five close-ended questions where the students need to give their responses about the using of internet resources in the cooperative learning. The second set of the questionnaire contained 10 close-ended questions were used to get the students’ responses about cooperative learning. The students need to answer the questions whether they strongly agree, agree, disagree, and strongly disagree to the technique we implied in this research. From the result, we can indicate the preferences of the students toward this technique.
c) Classrooms’ Observation
Classrooms’ observation is crucial to our research due to the objective of our action research is to increase the participation and interest in their learning process. Hence, observation on students’ response, participation (interaction in the group discussion, solving problem and transfer linear text into non-linear, presentation and answering quiz), and interaction was done throughout the teaching and learning process. From observation, students’ reaction and expression toward the learning process can be used to define whether they enjoyed the learning process. Hence, observation is crucial to obtain students’ responses toward this technique used in the learning process.
Data analysis
In this research, data were analysed from students’ perception toward the applied of cooperative learning technique by using internet resources in teaching and learning process. The data were analysed qualitatively and quantitatively. Qualitative data includes interview and classrooms’ observation, while quantitative data was collected by using questionnaires. The content analysis was done in order to know the suitability of cooperative learning by using internet resources in teaching EST subject. In order to know about the students’ acceptance and perception toward this technique, the data which obtained from the questionnaires were summarized by using bar Figure. From the bar Figure, the percentage of the students’ preferences toward the techniques can be compared and see directly.
Finding
The finding in this research showed the increase in students participation and their interest. Moreover, the targeted classrooms atmosphere becomes more positive. They looked excited to search information through internet and able to finish their work on time.
Input From Presentation
Student more interested learning by group and cooperative learning actually give advantage for student to help each other in learning process. Using internet resources also will attract student’s participation and interest in learning English For Science And Technology (EST) subject.
PEMBENTANGAN KEDUA
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Oleh; Siti Zubaidah Bt Ingsa dan Suryatee Bt Abd Rashid
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar tinkatan empat trhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
Objektif dan Persoalan Kajian
Dalam kajian yang dilakukan ini, terdapat tiga objektif yang ingin dicapai. Antara objektifnya ialah;
1. Mengenalpasti pengalaman dan pandangan pelajar terhadap pembelajaran berpusatkan guru (teachers centred).
2. Menilai dan mengetahui pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam sebelum pembelajaran koperatif diperkenalkan.
3. Menilai pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam selepas pembelajaran koperatif diperkenalkan.
Metodologi Kajian
Prosedur yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada empat, iaitu mengenalpasti masalah, merancang, tindakan dan refleksi. Dalam kajian ini juga, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan ialah dengan menggunakan kaedah;
1. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian dibuat melalui refleksi guru, penilaian guru matapelajaran Pendidikan Islam serta penilaian daripada penyelia.
2. Soalan ujian pre-test dan post-test
Kaedah ini digunakan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar serta senarai semak untuk mengetahui respon daripada pelajar mengenai pembelajaran yang telah berlangsung.
3. Borang soal selidik
Boring soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik pembelajaran berpusatkan pelajar dan soal selidik pembelajaran berpusatkan guru. Responden untuk kajian ini terdiri daripada para pelajar dari tingkatan 4DK1/2 dan 4DK3/4 dari Sekolah Menengah Danau Kota, Kuala Lumpur.
Selepas mengenalpasti masalah dan merancang kaedah pembelajaran koperatif, tindakan dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah yang dirancang di dalam kelas Pendidikan Islam. Kemudian, penambahbaikan dilakukan selepas membuat sesi refleksi melalui pemerhatian dan soalan-soalan ujian pre-test, post-test dan borang soal selidik.
Hasil Dapatan
Hasil dapatan daripada kajian ini dapat ditunjukkan dalam dua bentuk iaitu data kualitatif dan data kuantitatif. Data kualitatif berkaitan dengan perubahan sikap pelajar-pelajar yang boleh dilihat melalui pemerhatian. Manakala, data kuantitatif dapat dilihat melalui pencapaian markah mereka dalam matapelajaran Pendidikan Islam.
Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa pengajaran guru berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dengan menggunakan pemebelajaran secara koperatif melalui teknik ”numbered head together” dan ”thinks-pair-share”. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hanya sedikit sahaja penurunan peratusan pencapaian yang disebabkan oleh ketidakhadiran pelajar semasa ujian berlangsung. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada para pentadbir dan pelajar amnya dan para guru Pendidikan Islam khususnya untuk mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Input Daripada Pembentangan
Daripada pembentangan ini saya dapat membezakan antara penilaian bersama yang dilakukan secara tradisional lebih berbentuk penilaian yang hanya dibuat oleh satu pihak sahaja iaitu guru. Manakala penilaian dalam pembelajaran koperatif dilakukan bersama oleh semua pihak iaitu guru serta ahli kumpulan. Keadaan ini akan memudahkan guru membuat keputusan penilaian dengan lebih adil serta dapat diterima oleh setiap pelajar dalam kumpulan secara terbuka. Selain itu, pembelajaran secara bekerjasama mampu meningkatkan kualiti hasilan pembelajaran.
Posted by masyee at 00:51 0 comments
Labels: TUGASAN
Wednesday, 28 October 2009
TUGASAN 1 : ULASAN BUKU
Tajuk Buku: Passionate Enquiry and School Development : A Story About Teacher Action Research
Pengarang : Marion Dadds
Definisi Kajian Tindakan
Berdasarkan buku yang dibaca ini, definisi kajian tindakan bermaksud sesuatu yang berorientasikan kepada perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri. (Bassey, 1990)
Mengapa Guru Perlu Melakukan Kajian Tindakan??
Berdasarkan buku yang dibaca ini, Vicki sebagai seorang guru ada. menceritakan pengalamannya sebagai seorang guru dan mengapa perlunya seseorang guru melakukan kajian. Menurutnya guru perlu melakukan kajian tindakan kerana:
1. Sebagai pendidik guru merupakan agen perubahan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari sedia ada kerana guru merupakan seorang insan yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi.
2. Guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan yang dapat mengesan setiap masalah dalam persekitarannya.
Reka Bentuk Kajian Tindakan Yang Digunakan
1.Model
Berdasarkan buku ini, terdapat beberapa model yang telah digunakan untuk Vicki menjalankan kajian-kajian tindakannya, dan salah satu model yang serin digunakan oleh Vicki ialah Model Kajian Tindakan Kemmis. Reka bentuk model ini menunjukkan kitaran dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian iaitu merancangan, melakukan tindakan, membuat pemerhatian dan merefleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.
2.Sampel
Sampel-sampel yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada guru-guru iaitu rakan-rakan Vicki sendiri, para pelajar, pelajar-pelajar kelas pendidikan khas serta ibu bapa.
3.Setting Kajian
Kajian tindakan yang dilakukan di sekitar sekolah.
Posedur Kajian Tindakan Yang Digunakan
Prosedur kajian tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah tetap iaitu:
Langkah 1: Mengenalpasti isu, masalah dan situasi yang dikaji
Masalah atau isu disekolah seperti kurikulum, pentadbiran proses pengajaran, pembelajaran dan program kokurikulum ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam melaksanakan kajian.
Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu ditulis dengan jelas.
Langkah 2: Merancang Penyelidikan
Untuk merancang, perlu melibatkan guru yang ramai untuk mendapatkan idea dan usul yang berkesan dalam menyelesaikan isu kajian. Antara lima rancangan yang perlu dititikberatkan didalam merancang kajian tindakan ialah:-
Rancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil
Rancang tugas atau tanggungjawab atau aktiviti baru
Rancang cara-cara pemantauan yang akan dibuat
Rancang keperluan lain atau masa yang diperuntukkan
Rancang cara merefleks
Langkah 3: Melaksana Tindakan (bertindak)
Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah dirancang dalam langkah-langkah seperti aktiviti atau program untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian.
Langkah 4: Membuat Pemerhatian
Apa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru) akan mengumpulkan data dan maklumat hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian selalunya dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkahlaku dan reaksi terhadap tindakan yang dijalankan. Pemerhatian yang berlaku secara langsung adalah mencatat terus nota ke dalam buku catatan iaitu diari, jurnal atau buku log). Melalui apa yang dilihat seperti pergerakan guru atau pelajar dan suasana pembelajaran didalam kelas.
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1. Instrumen Kajian
Antara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian ialah sepertin kertas ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman.
2. Teknik Pengumpulan Data
Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam kajian tindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini kerana, setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan. Terdapat pelbagai kaedah mengumpul data iaitu:-
i) Pemerhatian
Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji. Melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang situasi. Aspek penting ialah pemerhatian dilakukan secara sistematik.Data yang dikutip dengan cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara teratur dan pada masa sebenar kajian. 3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian (siapa, dimana), masa pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data-data penting serta merta semasa permerhatian data bentuk nota).
ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen
Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji dan penting untuk fahami tujuan, rasional dan sejarah program. Dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data dalam kajian tindakan iaitu sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, laporan kurikulum, minit, mesyuarat panitia dan buku-buku yang dikaji.
iii) Rakaman Pita Video/Transkrip
- Rakaman video dapat mengesan perlakuan guru, pelajar dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan oleh
guru dalam kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk dikumpul.
- Rakaman ini juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar (individu dan kumpulan) dalam aktiviti
kelas.
- Transkripsi pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.
iv) Temubual
- Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.
- Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah pelajar-pelajar, guru-guru yang mengajar subjek sama
dan pihak pentadbiran sekolah.
- Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan di
sekolah tersebut.
3. Teknik Penganalisisan Data
- proses analisis membantu mendalami data secara dekat dan jelas. Ia juga membantu untuk penyelidik merangkakan perkara yang sedar atau tidak sedar berlaku.
- teknik-teknik membuat analisis;
- Meneliti data secara menyeluruh dengan menetapkan kategori data serta meneliti semula dan membahagikan data mengikut kategori.
- membuat proses sumbangsaranuntuk mendapatkan idea-membuat refleksi idea-mengumpul idea yang tidak berkenaan-semakan semula data-membuat senarai rangka isi-silang rujukan rangka isi- membuat refleksi pada senarai.
- analisis secara perbincangan.
Etika Kajian Tindakan
Dalam melakukan kajian tindakan, etika dalam melaksanakan kajian merupakan aspek yang perlu diambil berat. Ini kerana terdapat ramai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian kita. Antara etika yang perlu ada dalam kajian tindakan ini ialah;
- mempunyai reka bentuk kajian yang sah
- mendapat keizinan daripada pihak yang terlibat
- mengelakkan penipuan dalam kajian
- memastikan kerahsiaan
- tiada memaksa sampel mahupun pihak-pihak yang terlibat
Posted by masyee at 01:48 0 comments
Labels: TUGASAN
