Kekuatan Penggunaan Token Dalam P&P
a)Pengalaman/refleksi secara individu
(Mashitoh Abdullah) Kemahiran Hidup
Semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah saya telah mempelajari subjek Kemahiran Hidup. Pada pendapat saya subjek ini mempunyai beberapa kekuatannya tersendiri. Antaranya ialah;
1) pelajar dapat menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing semasa menjalankan projek amali seperti bertani, memasak, menjahit, bertukang dan sebagainya.
2)subjek ini dapat mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar-pelajar.
3)subjek ini dapat melatih pelajar untuk lebih berkemahiran dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang.
b)Pengalaman/ferleksi secara berpasukan
(Norfaslin binti Sudin) Kemahiran Hidup
Bagi saya untuk matapelajaran Kemahiran Hidup terdapat beberapa kekuatan untuk subjek tersebut iaitu:-
a) Diajar kemahiran yang pelbagai-Kemahiran pelbagai telah diperkenalkan untuk pelajar menguasai kemahiran yang telah diberikan oleh guru
b) Pembelajaran lebih bermakna-Ini kerana kemahiran yang didapati dan maklumat yang diberikan oleh guru dulu, telah memberikan saya panduan sehingga ke hari ini.
c) Dapat menyelesaikan masalah dengan baik-Ketika matapelajaran ini diajar disekolah, kami diberikan tugasan dimana kami dikehendaki membuat sesuatu yang luar biasa dari yang lain. Kami telah melakukan projek menggunakan bahan buangan untuk dijadikan bunga, bekas pensel dan lain-lain lagi. Ini memberi kesan kepada saya sehingga ke hari ini supaya bersikap rasional ketika membuat sebarang keputusan.
d) Dapat menjana minda pelajar-Ini dimaksudkan dengan dimana, apabila diberi bahan terbuang kami dikehendaki mencipta sesuatu yang kreatif. Ini telah menjadikan pelajar sentiasa menjana minda untuk membuat sesuatu yang kreatif.
(Marina Binti Ismail) Bahasa Melayu
melalui pengalaman saya di sekolah rendah khususnya dalam subjek bahasa Melayu dan pendidikan seni-guru selalu memberikan pujian dan bintang kepada saya dan rakan.
kekuatan yang didapati adalah:
1)menarik minat pelajar untuk belajar
2)merangsang pelajar untuk menyiapkan tugasan
3)dapat membuatkan pelajar bersaing sesama rakan mereka
4)merangsang pelajar untuk membuat tugasan yang diberi dengan lebih baik lagi
C) Pengalaman/refleksi dari pasukan lain
-untuk matapelajaran Kemahiran Hidup diajar banyak kemahiran yang boleh digunakan dimasa akan datang. Pengalaman berkaitan kemahiran ini, kebanyakan diajar disekolah ketika waktu Kemahiran Hidup. Dirumah, kita tidak pernah mendapat kemahiran seperti yang diajar disekolah.
d) Literature Riview
JURNAL, THE EFFECTS OF A TOKEN ECONOMY SYSTEM IN COMPARISON TO
SOCIAL PRAISE ON THE MANIFEST BEHAVIORS OF ELEMENTARY
LEARNING DISABLED STUDENTS
By
Kimberly Waggy
"The results of this study found that there was no significant difference between a token
economy system in comparison to social praise on the manifest behaviors of elementary learning
disabled students. This may have been caused by the similarities of the learning disabled
students."
Ini bermaksud penggunaan token dalam bentuk ekonomi mahupun pujian
Saturday, 21 November 2009
Aktiviti 6 : Kekuatan Pengajaran Menggunakan Token
Posted by masyee at 12:11 0 comments
Labels: AKTIVITI
Friday, 13 November 2009
Aktiviti 5 : Kepentingan Kajian Tindakan Kepada Guru Novis
1)Supaya guru dapat meningkatkan mutu amalan yang dilakukan ke arah yang lebih baik lagi sebagai satu langkah untuk memajukan diri.
2) untuk memperbaiki teknik pengajaran agar ia dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih aktif.
3) Untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas
4) Meningkatkan dan membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui pengajaran yang berkesan
5) Sebagai satu langkah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi sama ada melibatkan P&P, pencapaian pelajar atau pun prestasi guru.
6) Memperkembangkan pengetahuan yang sedia ada dan cuba mencari penemuan yang terbaru dan terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
7) Menjadikan guru itu kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
Posted by masyee at 16:33 0 comments
Labels: AKTIVITI
Aktiviti 4 : Cadangan Mini Kajian Tindakan
Tajuk:: Penggunaan token/ganjaran dalam meningkatkan persaingan di kalangan pelajar.::
Oleh: Mashitoh Abdullah, Marina Ismail & Norfaslin Sudin
Peryataan masalah:
Seperti yang sedia umum para pelajar susah untuk menjawab dan mengemukakan soalan selepas aktiviti pengajaran berlaku. Ini keran pengajaran tersebut membosankan mereka. Disamping itu, melalui kaedah ini, kami juga mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku didalam bilik darjah dan cuba mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.Pelaksanaan1. Kenalpasti tingkahlaku sasaran ( peraturan )2. Kenalpasti bahan token. ( Cth: cip,cop bintang dll )3. Kenalpasti ganjaran yang akan diperolehi. ( Cth: bekas pensel )4. Kenalpasti kadar nilai ganjaran ( menu ganjaran ) ( Cth: 10 bintang dapat sebatang pensel.)5. Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.Kriteria Pemilihan Token1. Disukai oleh murid.2. Mencukupi bila diperlukan.3. Praktis - tidak menyusahkan.4. Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.5.Tidak mudah diperolehi di tempat lain.6. Tahan lama.Peryataan masalah:1)Seperti yang sedia umum para pelajar susah untuk menjawab dan mengemukakan soalan selepas aktiviti pengajaran berlaku. Ini keran pengajaran tersebut membosankan mereka. Disamping itu, melalui kaedah ini, kami juga mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku didalam bilik darjah dan cuba mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.2)Pelajar terlalu pasif dan aktif didalam kelas, untuk beri peneguhan token ini diperkenalkan kepada pelajar
Sebab memilih tajuk ini ialah:
1.untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang dipelajari.
2.untuk menggalakkan pelajar bertanya di dalam kelas.
3.untuk memberi peluang pelajar untuk menjawab di dalam kelas.
4. untuk menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi.
Peserta kajian
-Rakan-rakan sekelas pengajaran makro (masalah pembelajaran & pendengaran)
Set Kajian
-Didalam kelas pengajaran makro (masalah pembelajaran & pendengaran)
Maklumat tambahan untuk mini kajian tindakan kami:
Jadual Pemberian Token
1. Menyiapkan tugasan yang diberi guru 3 Token
2. Menghantar tugasan tepat pada waktunya 3 Token
3. Mengangkat tangan untuk menjawab soalan 2 Token
4. Tugasan yang dibuat sentiasa kemas dan betul 2 Token
5. Tidak menganggu rakan sepanjang pengajaran guru dalam kelas
TokenJadual Penarikan Balik Token
1. Bergaduh di dalam kelas 4 Token
2. Tidak hadir ke sekolah 3 Token
3. Masuk ke dalam kelas lewat 2 Token
4. Menjerit ketika menjawab soalan 2 Token
5. Tertinggal alat tulis di dalam kelas
TokenJadual sewaan alatan
1. Pensel warna 4 Token
2. Pemadam 3 Token
3. Pembaris 2 Token
4. Gunting 2 Token
5. Pengasah pensel 1 Token
6. Pensel 1 Token
Posted by masyee at 16:30 0 comments
Labels: AKTIVITI
Aktiviti 3 : Pembentangan Kolokium DPLI Januari
PEMBENTANGAN PERTAMA
Problem Study
1. Will cooperative learning increase students’ participation in EST teaching and learning process?
2. Will students’ interest increase by conducting cooperative learning?
Methodology/sampling/setting
Sampling or the targeted participants consisted of 28 Form 4H students and 32 Form 4N students in ST. JOHN Institution (SJI). Model of this action research used is Gerald Susman Model. This model including diagnosing, action planning, taking action, reflection, amended plan, take second action stage. Procedure in this research start with forming of groups and than different task topic given. After that, student by group doing their work with searching information through internet and will transfer information from linear text to non-linear text. Last procedure student doing presentation by using all information that they found.
Data Collected
Base on data collected, it was found that the used of this technique produced positive results in terms of students participation in the lesson and their ability to present their findings outcome orally and share their information with the class. The data of the research was collected by using classroom observation, interview students finding and questionnaire. The data was analyzed quantitatively and qualitatively.
Finding
The finding in this research showed the increase in students participation and their interest. Moreover, the targeted classrooms atmosphere becomes more positive. They looked excited to search information through internet and able to finish their work on time.
Input From Presentation
Student more interested learning by group and cooperative learning actually give advantage for student to help each other in learning process. Using internet resources also will attract student’s participation and interest in learning English For Science And Technology (EST) subject.
PEMBENTANGAN KEDUA
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Oleh; Siti Zubaidah Bt Ingsa dan Suryatee Bt Abd Rashid
Penyataan Masalah
1. Mengenalpasti pengalaman dan pandangan pelajar terhadap pembelajaran berpusatkan guru (teachers centred).
2. Menilai dan mengetahui pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam sebelum pembelajaran koperatif diperkenalkan.
3. Menilai pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam selepas pembelajaran koperatif diperkenalkan.
Metodologi /sampel/ setting Kajian
Prosedur yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada empat, iaitu mengenalpasti masalah, merancang, tindakan dan refleksi. Dalam kajian ini juga, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan ialah dengan menggunakan kaedah;
1. Kaedah pemerhatian dibuat melalui refleksi guru, penilaian guru matapelajaran Pendidikan Islam serta penilaian daripada penyelia.
2. Soalan ujian pre-test dan post-test. Kaedah ini digunakan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar serta senarai semak untuk mengetahui respon daripada pelajar mengenai pembelajaran yang telah berlangsung.
3. Boring soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik pembelajaran berpusatkan pelajar dan soal selidik pembelajaran berpusatkan guru.
Responden untuk kajian ini terdiri daripada para pelajar dari tingkatan 4DK1/2 dan 4DK3/4 dari Sekolah Menengah Danau Kota, Kuala Lumpur.
Pengumpulan Data
Selepas mengenalpasti masalah dan merancang kaedah pembelajaran koperatif, tindakan dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah yang dirancang di dalam kelas Pendidikan Islam. Kemudian, penambahbaikan dilakukan selepas membuat sesi refleksi melalui pemerhatian dan soalan-soalan ujian pre-test, post-test dan borang soal selidik.
Hasil Dapatan
Hasil dapatan daripada kajian ini dapat ditunjukkan dalam dua bentuk iaitu data kualitatif dan data kuantitatif. Data kualitatif berkaitan dengan perubahan sikap pelajar-pelajar yang boleh dilihat melalui pemerhatian. Manakala, data kuantitatif dapat dilihat melalui pencapaian markah mereka dalam matapelajaran Pendidikan Islam.Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa pengajaran guru berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dengan menggunakan pemebelajaran secara koperatif melalui teknik ”numbered head together” dan ”thinks-pair-share”. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hanya sedikit sahaja penurunan peratusan pencapaian yang disebabkan oleh ketidakhadiran pelajar semasa ujian berlangsung. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada para pentadbir dan pelajar amnya dan para guru Pendidikan Islam khususnya untuk mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Input Daripada Pembentangan
Daripada pembentangan ini saya dapat membezakan antara penilaian bersama yang dilakukan secara tradisional lebih berbentuk penilaian yang hanya dibuat oleh satu pihak sahaja iaitu guru. Manakala penilaian dalam pembelajaran koperatif dilakukan bersama oleh semua pihak iaitu guru serta ahli kumpulan. Keadaan ini akan memudahkan guru membuat keputusan penilaian dengan lebih adil serta dapat diterima oleh setiap pelajar dalam kumpulan secara terbuka. Selain itu, pembelajaran secara bekerjasama mampu meningkatkan kualiti hasilan pembelajaran.
CADANGAN/ULASAN KEDUA-DUA PEMBENTANGAN
Dari segi pemilihan tajuk, kedua-dua tajuk yang dibentangkan ini dilihat menepati kehendak untuk dijadikan sesuatu tajuk dalam kajian tindakan. Namun, kedua-dua tajuk tersebut agak panjang dan sebenarnya ia boleh diringkaskan lagi.
Posted by masyee at 16:28 0 comments
Labels: AKTIVITI
Aktiviti 2 : Abstrak Jurnal
ABSTRAK JURNAL MASHITOH BINTI ABDULLAH
Jurnal 1 : Collaborative Learning Enhances Critical Thinking
Oleh : Anuradha A. Gokhale
Jurnal ini menulis tentang konsep pembelajaran kolaboratif secara berkumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk mencapai matlamat akademik yang telah banyak dikaji sebelumm ini. Istilah pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajar merangkumi pelbagai tahap. Pembelajaran kolaboratif menjadikan pelajar aktif dalam penukaran idea di kalangan kumpulan kecil bukan sahaja dapat meningkatkan minat tetapi dapat juga memperkenalkan cara pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Kebanyakan kajian banyak dialakukan di sekolah, namun kajian ini akan menjelaskan penggunakan kaedah pembelajaran kolaboratif di peringkat kolej pula.
Jurnal 2 : Using Point-of-View Video Modelling to Teach Play to Preschoolers With Autisme
Oleh : Jeffrey F. Hine dan Mark Wolery
Menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video untuk mengajar kanak-kanak prasekolah autisme bermain. Kajian ini mengukur keberkesanan menggunakan sudut pandangan yang ditunjukkan oleh video dalam mengajar menggunakan kemahiran-kemahiran bermain permainan yang dipilih kepada dua orang pelajar prasekolah yang autisme. Model-model yang ditunjukkan ini melibatkan rakaman video dan tanpa rakaman video. Kajian ini melihat sejauh mana perspektif kanak-kanak apabila melihat sesuatu dan seterusnya melakukan kemahiran yang disasarkan. Pengkaji menggunakan pelbagai cara terhadap dua kanak-kanak ini berdasarkan dua tingkahlaku untuk menilai kesan sudut pandangan yang ditunjukkan yang diperolehi oleh kanak-kanak dan menyelenggarakan tindakan bermain. Mereka menggunakan kaedah yang digeneralisasikan untuk menilai tahap di mana para peserta menggunakan kemahiran baru dan permainan baru semasa aktiviti bilik darjah. Hasilnya menunjukkan bahawa mode sudut pandangan yang ditunjukkan adalah alat yang berkesan untuk pengajaran bermain kepada pelajar prasekolah dengan autisme.
Jurnal 3 : Direct InstructionWith Playfull Skill Extention
Oleh : Jean M Keaton
Kaedah pengajaran secara langsung telah ditemui untuk memperkenalkan kebolehan membaca dan menulis dalam membangunkan pembaca. Sama juga pentingnya, srategi pembelajaran yang membolehkan anak-anak untuk membina pengetahuan melalui penyertaan antif akan meningkatkan motivasi mereka untuk membaca dan menulis. Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah untuk meninjau keberkesanan pangajaran secara langsung dengan berjenaka yang dikaitkan dalam membangunkan penulisan dan pembacaan di tadika. Objektif projek ini adalah untuk menghubungkan amalan-amalan yang bersesuaian pengajran arahan langsung. Pendekatan yang sistematik tentang Strategi
Pembelajaran Bantuan Penelitian (PALS) telah diikuti dengan hanya menggunakan pelajaran-pelajaran yang diarahkan oleh guru, bermain mengikut pembelajaran PALS secara menyeluruh yang diintegrasikan bagi mengekalkan minat kanak-kanak serta memberi motivasi untuk mereka belajar. Keputusan menunjukkan bahawa pelajar yang awalnya menunujukkan prestasi yang rendah dalam menyebut sebutan yang dubaca dan prestasi menulis telah m encapai peningkatan yang terbaik dalam mengenalpasti huruf dan bunyi dan dalam mengaplikasi pengetahuan huruf dan bunyi untuk menjadikan ejaan tepat dalam penulisan. Pelajar-pelajar tadika yang tinggi ketingggian dalam keupayaan membaca menjadikan pencapaian yang lebih baik dengan memperkenalkan perkataan yang dilihat.
ABSTRAK JURNAL NORFASLIN BINTI SUDIN
Jurnal 1:Engaging Children with Useful Words:Vocabulary Instruction in a Third Grade Classroom
Oleh :(Lynn CohenLong Island University, C.W. Post and Katherine ByrnesGreat Neck Public Schools)
Kajian ini dilakukan untuk melihat penggunaan perbendaharaan kata dalam lisan, komunikasi dan bertulis semasa menyediakan penulisan dalam seharian kanak-kanak di sekolah. Kajian ini juga melihat cara yang paling bagus perlu digunakan untuk meningkatkan mutu penggunan perbendaharaan kata di sekolah. Tidak seperti cara yang lama dimana guru mengajar tentang perbendaharaan kata melalui kaedah syarahan dan menyuruh mereka membaca apa yang ada didalam buku tersebut. Tapi melalui kaedah tindakan ini, guru meminta mereka membaca dengan kuat supaya guru dapat membetulkan kesalahan mereka dan guru mengalakkan kaedah bercerita didalam kelas supaya perbendaharaan kata mereka baik. Mereka akan belajar 6 perkataan baru setiap hari supaya penulisan mereka bertambah baik. Dari perkataan yang diberi, pelajar akan cuba untuk membuat ayat dan kemudian membaca dengan kuat apa yang ditulis oleh mereka.
Jurnal 2:Action Research: A Tool for Improving Teacher Quality and Classroom Practice::
Oleh: (Katherina A’Connor, H. Carol Greene & Patricia J. Anderson)
Kajian tindakan ialah alat atau bahan untuk menolong guru atau tenaga pengajar untuk mendapat strategi pengajaran yang bersesuaian ketika mengajar (Sagor, 2004). Melalui kajian tindakan, terdapat perubahan yang positif seperti peningkatan cara pengajaran guru, refleksi kendiri dan meningkatkan keseluruhan pengajaran didalam kelas(Ferrance, 2000,Johnson & Button at el). Kajian ini lebih bermakna kepada guru kerana guru itu sendiri yang membuat kajian terhadap kelas mereka sendiri.
::Jurnal 3:Action Research in the Secondary Science Classroom: Student response to Differentiated, Alternative Assessment::
Kajian dibuat bedasarkan matapelajaran Sains di sekolah dimana guru menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk meningkatkan tahap pengajaran mereka didalam kelas. Seperti cara tradisional, guru menganalisis masalah disekolah dan kemudiaan menyelesaikannya untuk diguna pakai untuk masa akan datang. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi kegemaran pelajar ini tentang subjek sains. Di dalam kajian ini, guru-guru berpengalaman turut serta dan bersama-sama mencari kaedah terbaik dalam pengajaran sains.
ABSTRAK JURNAL MARINA BINTI ISMAIL
Jurnal 1: Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Eduaction
By : David McConnell
Dalam kertas kajian ini, pengkaji menumpukan kepada analisis kerja secara kolaboratif dan pengalaman belajar pelajar yang terlibat dengan memberikan mereka pembelajaran yang berpusatkan masalah iaitu distributed problem-based learning (dPBL) dengan mula menjawab soalan “apakah yang berlaku dalam kumpulan dPBL?”. Berdasarkan pernyataan tersebut, pengkaji mengemukakan dua perkara yang mempunyai hubung kait. Permulaan penilaian pembelajaran adalah dengan cara yang mana kumpulan dPBL membangun sepanjang masa kerja mereka. Pengkaji mengemukakan tiga perbezaan, tetapi tahap pembangunan dalam kumpulan adalah serantak iaitu tahap pertama menggambarkan rundingan. Kedua pula adalah pembahagian tugas dan persetujuan berdasarkan aktiviti kajian dan ketiga adalah berkenaan dengan penghasilan atau pun pengeluaran. Kajian kedua adalah untuk melihat bagaimana cara kerja dalam kumpulan secara dalaman dan luaran dapat membangun dan mengekalkan komuniti pelajar. Kaedah dalam kajian ini adalah melibatkan perbincangan secara online, analisis transkrip perbincangan, perbahasan aktiviti dan perkongsian pengeluaran atau produktiviti.
Jurnal 2 (Abstrak): The Effect of Picture and Prompt on the Writing of student in Primary Grades: Action Reseach by Graduate Students at California State University, Northridge.
Oleh: Marily Joshua et.al
Jurnal ini adalah berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan oleh 9 orang guru yang mempunyai pengalaman rata-ratanya adalah selama 6 tahun (1 hingga 15 tahun). Ianya melibatkan kajian tindakan yang mengkaji tentang kesan atau pengaruh penggunaan gambar dalam penulisan murid. Seramai 165 murid terlibat iaitu seramai 83 orang lelaki dan 82 orang perempuan yang terdiri daripada murid tadika hingga gred 2. Data telah menunjukkan bahawa apabila guru memilih tugasan penulisan sebagai satu cara untuk murid mengembangkan penulisannya, penting untuk mereka tahu sama ada menggunakan ‘prompt’ sahaja atau ‘prompt’ berpasangan dengan gambar akan lebih memberi manfaat. Bagi murid yang muda, mungkin murid bahasa kedua, gambar akan membantu kemahiran menulis dan melukis. Walaubagaimana pun, selepas tadika, gambar yang digabungkan bersama ‘prompt’ tidak member kesan positif terhadap penulisan mereka. Guru sebagai pengkaji telah member kesimpulan bahawa walaupun gambar akan memberi konteks dan maklumat latar belakang untuk murid di peringkat semua umur, ia akan menyekat kreativiti mereka. Ini adalah dapatan yang tidak diduga kerana faktor penentu adalah pengalaman dan pengetahuan bahasa Inggeris mereka.
Jurnal 3: “It’s about the Kids”: Transforming Teacher-Student Relationships through Action Research
By: Dwight Rogers et.al
Kajian tindakan adalah sering kali termasuk dalam program pengajaran guru untuk memperbaiki refleksi dan latihan guru. Melalui kajian ini ia memberi tanda yang menunjukkan kesan ke atas pelajar. Artikel ini merupakan penilaian penulis terhadap kajian tindakan yang telah dilakukan oleh 114 guru berpenagalaman yang mengambil sarjana dalam pendidikan. Guru-guru tersebut terdiri daripada pelbagai bidang disiplin dan tahap. Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan, penulis mendapati bahawa kajian tindakan yang dilakukan oleh guru ini adalah untuk mengkaji tiga perkara utama iaitu apabila guru mendapati bahawa kuranganya hubungan interpersonal dengan pelajar, pelajar yang kurangnya memahami tugas meraka sebagai pelajar dan pelajar yang kurang bersuara di dalam kelas. Penulis telah mengemukakan tiga masalah ini melalui beberapa contoh kajian yang telah dijalankan.
Posted by masyee at 16:27 0 comments
Labels: AKTIVITI
Aktiviti 1 :Maksud Kajian Tindakan
Definisi Kajian Tindakan Berdasarkan Buku
Tajuk Buku: Passionate Enquiry and School Development: A Story About Teacher Action Research
Pengarang : Marion Dadds
Berdasarkan buku yang dibaca ini, definisi kajian tindakan bermaksud sesuatu yang berorientasikan kepada perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri. (Bassey, 1990)
Kajian tindakan juga adalah merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.
Penulis juga mengatakan bahawa kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Kesimpulannya, kajian tindakan bagi seorang guru ialah satu proses tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan kepada sesuatu perkara untuk melakukan perubahan di persekitarannya kepada keadaan yang lebih baik.
Bagaimana kajian dilakukan?
Prosedur kajian tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah tetap iaitu:-
Langkah 1: Mengenalpasti isu, masalah dan situasi yang dikaji
Masalah atau isu disekolah seperti kurikulum, pentadbiran proses pengajaran, pembelajaran dan program kokurikulum ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam melaksanakan kajian.Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu ditulis dengan jelas.
Langkah 2: Merancang PenyelidikanUntuk merancang, perlu melibatkan guru yang ramai untuk mendapatkan idea dan usul yang berkesan dalam menyelesaikan isu kajian.
Antara lima rancangan yang perlu dititikberatkan didalam merancang kajian tindakan ialah:-Rancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil
Rancang tugas atau tanggungjawab atau aktiviti baru
Rancang cara-cara pemantauan yang akan dibuat
Rancang keperluan lain atau masa yang diperuntukkan
Rancang cara merefleks
Langkah 3: Melaksana Tindakan (bertindak)
Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah dirancang dalam langkah-langkah seperti aktiviti atau program untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian.
Langkah 4: Membuat PemerhatianApa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru) akan mengumpulkan data dan maklumat hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian selalunya dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkahlaku dan reaksi terhadap tindakan yang dijalankan. Pemerhatian yang berlaku secara langsung adalah mencatat terus nota ke dalam buku catatan iaitu diari, jurnal atau buku log). Melalui apa yang dilihat seperti pergerakan guru atau pelajar dan suasana pembelajaran didalam kelas.
5. Pengumpulan dan penganalisan data
1. Instrumen KajianAntara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian ialah seperti kertas ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman.
2. Teknik Pengumpulan DataUntuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam kajian tindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini kerana, setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan.
Terdapat pelbagai kaedah mengumpul data iaitu:-
i) Pemerhatian-Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji.
-Melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang situasi.-Aspek penting ialah pemerhatian dilakukan secara sistematik.
-Data yang dikutip dengan cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara teratur dan pada masa sebenar kajian.
-3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian (siapa, dimana), masa pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data-data penting serta merta semasa permerhatian data bentuk nota)
.ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen
Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji dan penting untuk fahami tujuan, rasional dan sejarah program.Dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data dalam kajian tindakan iaitu sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, laporan kurikulum, minit, mesyuarat panitia dan buku-buku yang dikaji.
iii) Rakaman Pita Video/TranskripRakaman video
-dapat mengesan perlakuan guru, pelajar dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan oleh guru dalam kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk dikumpul.
- Rakaman ini juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar (individu dan kumpulan) dalam aktivitikelas.
- Transkripsi pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.
iv) Temubual
Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.
- Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah pelajar-pelajar, guru-guru yang mengajar subjek samadan pihak pentadbiran sekolah.
- Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan disekolah tersebut.
3. Teknik Penganalisisan Dataproses analisis membantu mendalami data secara dekat dan jelas. Ia juga membantu untuk penyelidik merangkakan perkara yang sedar atau tidak sedar berlaku.teknik-teknik membuat analisis;eneliti data secara menyeluruh dengan menetapkan kategori data serta meneliti semula dan membahagikan data mengikut kategori.membuat proses sumbangsaranuntuk mendapatkan idea-membuat refleksi idea-mengumpul idea yang tidak berkenaan-semakan semula data-membuat senarai rangka isi-silang rujukan rangka isi- membuat refleksi pada senarai analisis secara perbincangan.
Posted by masyee at 16:15 0 comments
Labels: AKTIVITI
Sunday, 8 November 2009
TUGASAN 4 : MINI KAJIAN TINDAKAN
Tugasan di ruangan aktiviti
Posted by masyee at 23:29 0 comments
Labels: TUGASAN
