- Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran melalui penemuan-pebemuan baru daripada kajian yang dilakukan.
- Kajian penting dalam mengembang dan menjana idea supaya seorang guru lebih berketerampilan dan holistik.
- Bagi seorang guru, kajian dilakukan untuk penambahbaikan pada kajian yang telah dilakukan. Contohnya, guru boleh melakukan kajian yang sama dengan kajian sebelum ini tetapi disesuaikan dengan situasi p&p yang dikendalikannya untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih berkesan.
- Kajian penting bagi seorang guru kerana tugas guru bukan sekadar sebagai pendidik, tetapi juga sebagai penyelidik.
- Kajian dilakukan oleh guru supaya guru sendiri dapat mengenalpasti sesuatu masalah dalam proses p&p dan mengetahui punca sebenar masalah tersebut dan seterusnya menyelesaikan masalah dengan cara yang sistematik melalui kajian.
- Kajian juga penting untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu kepada guru melalui penerokaan dan pembacaan apabila melakukan kajian.
- Kajian penting bagi melahirkan seorang guru yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu keputusan sendiri dan bukan menggunapakai hasil kajian orang lain semata-mata.
- Kajian penting bagi seorang guru untuk meningkatkan martabat profesion perguruan apabila kajian-kajian guru diketengah dan digunapakai dalam sistem pendidikan negara.
- Kajian juga penting untuk meningkatkan kerjasama di antara guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
- Selain itu, kajian juga penting kepada guru dalam membantu mereka menghadapi cabaran dan masalah yang berkaitan dengan amalan p&p.
Wednesday, 28 October 2009
Mengapa Kajian Penting Kepada Seorang Guru?
Posted by masyee at 05:24
Labels: TUGASAN KELAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment