Wednesday 28 October 2009

Mengapa Kajian Penting Kepada Seorang Guru?

  1. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran melalui penemuan-pebemuan baru daripada kajian yang dilakukan.
  2. Kajian penting dalam mengembang dan menjana idea supaya seorang guru lebih berketerampilan dan holistik.
  3. Bagi seorang guru, kajian dilakukan untuk penambahbaikan pada kajian yang telah dilakukan. Contohnya, guru boleh melakukan kajian yang sama dengan kajian sebelum ini tetapi disesuaikan dengan situasi p&p yang dikendalikannya untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih berkesan.
  4. Kajian penting bagi seorang guru kerana tugas guru bukan sekadar sebagai pendidik, tetapi juga sebagai penyelidik.
  5. Kajian dilakukan oleh guru supaya guru sendiri dapat mengenalpasti sesuatu masalah dalam proses p&p dan mengetahui punca sebenar masalah tersebut dan seterusnya menyelesaikan masalah dengan cara yang sistematik melalui kajian.
  6. Kajian juga penting untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu kepada guru melalui penerokaan dan pembacaan apabila melakukan kajian.
  7. Kajian penting bagi melahirkan seorang guru yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu keputusan sendiri dan bukan menggunapakai hasil kajian orang lain semata-mata.
  8. Kajian penting bagi seorang guru untuk meningkatkan martabat profesion perguruan apabila kajian-kajian guru diketengah dan digunapakai dalam sistem pendidikan negara.
  9. Kajian juga penting untuk meningkatkan kerjasama di antara guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
  10. Selain itu, kajian juga penting kepada guru dalam membantu mereka menghadapi cabaran dan masalah yang berkaitan dengan amalan p&p.

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU

Tajuk Buku: Passionate Enquiry and School Development : A Story About Teacher Action Research
Pengarang : Marion Dadds

Definisi Kajian Tindakan
Berdasarkan buku yang dibaca ini, definisi kajian tindakan bermaksud sesuatu yang berorientasikan kepada perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri. (Bassey, 1990)

Mengapa Guru Perlu Melakukan Kajian Tindakan??
Berdasarkan buku yang dibaca ini, Vicki sebagai seorang guru ada. menceritakan pengalamannya sebagai seorang guru dan mengapa perlunya seseorang guru melakukan kajian. Menurutnya guru perlu melakukan kajian tindakan kerana:

1. Sebagai pendidik guru merupakan agen perubahan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari sedia ada kerana guru merupakan seorang insan yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi.

2. Guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan yang dapat mengesan setiap masalah dalam persekitarannya.

Reka Bentuk Kajian Tindakan Yang Digunakan

1.Model
Berdasarkan buku ini, terdapat beberapa model yang telah digunakan untuk Vicki menjalankan kajian-kajian tindakannya, dan salah satu model yang serin digunakan oleh Vicki ialah Model Kajian Tindakan Kemmis. Reka bentuk model ini menunjukkan kitaran dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian iaitu merancangan, melakukan tindakan, membuat pemerhatian dan merefleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

2.Sampel
Sampel-sampel yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada guru-guru iaitu rakan-rakan Vicki sendiri, para pelajar, pelajar-pelajar kelas pendidikan khas serta ibu bapa.

3.Setting Kajian
Kajian tindakan yang dilakukan di sekitar sekolah.

Posedur Kajian Tindakan Yang Digunakan
Prosedur kajian tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah tetap iaitu:

Langkah 1: Mengenalpasti isu, masalah dan situasi yang dikaji
Masalah atau isu disekolah seperti kurikulum, pentadbiran proses pengajaran, pembelajaran dan program kokurikulum ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam melaksanakan kajian.
Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu ditulis dengan jelas.

Langkah 2: Merancang Penyelidikan
Untuk merancang, perlu melibatkan guru yang ramai untuk mendapatkan idea dan usul yang berkesan dalam menyelesaikan isu kajian. Antara lima rancangan yang perlu dititikberatkan didalam merancang kajian tindakan ialah:-
Rancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil
Rancang tugas atau tanggungjawab atau aktiviti baru
Rancang cara-cara pemantauan yang akan dibuat
Rancang keperluan lain atau masa yang diperuntukkan
Rancang cara merefleks

Langkah 3: Melaksana Tindakan (bertindak)
Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah dirancang dalam langkah-langkah seperti aktiviti atau program untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian.

Langkah 4: Membuat Pemerhatian
Apa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru) akan mengumpulkan data dan maklumat hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian selalunya dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkahlaku dan reaksi terhadap tindakan yang dijalankan. Pemerhatian yang berlaku secara langsung adalah mencatat terus nota ke dalam buku catatan iaitu diari, jurnal atau buku log). Melalui apa yang dilihat seperti pergerakan guru atau pelajar dan suasana pembelajaran didalam kelas.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

1. Instrumen Kajian
Antara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian ialah sepertin kertas ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman.

2. Teknik Pengumpulan Data
Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam kajian tindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini kerana, setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan. Terdapat pelbagai kaedah mengumpul data iaitu:-

i) Pemerhatian
Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji. Melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang situasi. Aspek penting ialah pemerhatian dilakukan secara sistematik.Data yang dikutip dengan cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara teratur dan pada masa sebenar kajian. 3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian (siapa, dimana), masa pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data-data penting serta merta semasa permerhatian data bentuk nota).

ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen
Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji dan penting untuk fahami tujuan, rasional dan sejarah program. Dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data dalam kajian tindakan iaitu sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, laporan kurikulum, minit, mesyuarat panitia dan buku-buku yang dikaji.

iii) Rakaman Pita Video/Transkrip
- Rakaman video dapat mengesan perlakuan guru, pelajar dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan oleh
guru dalam kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk dikumpul.
- Rakaman ini juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar (individu dan kumpulan) dalam aktiviti
kelas.
- Transkripsi pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.

iv) Temubual
- Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.
- Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah pelajar-pelajar, guru-guru yang mengajar subjek sama
dan pihak pentadbiran sekolah.
- Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan di
sekolah tersebut.

3. Teknik Penganalisisan Data


  • proses analisis membantu mendalami data secara dekat dan jelas. Ia juga membantu untuk penyelidik merangkakan perkara yang sedar atau tidak sedar berlaku.
  • teknik-teknik membuat analisis;
  1. Meneliti data secara menyeluruh dengan menetapkan kategori data serta meneliti semula dan membahagikan data mengikut kategori.
  2. membuat proses sumbangsaranuntuk mendapatkan idea-membuat refleksi idea-mengumpul idea yang tidak berkenaan-semakan semula data-membuat senarai rangka isi-silang rujukan rangka isi- membuat refleksi pada senarai.
  3. analisis secara perbincangan.

Etika Kajian Tindakan

Dalam melakukan kajian tindakan, etika dalam melaksanakan kajian merupakan aspek yang perlu diambil berat. Ini kerana terdapat ramai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian kita. Antara etika yang perlu ada dalam kajian tindakan ini ialah;

  • mempunyai reka bentuk kajian yang sah
  • mendapat keizinan daripada pihak yang terlibat
  • mengelakkan penipuan dalam kajian
  • memastikan kerahsiaan
  • tiada memaksa sampel mahupun pihak-pihak yang terlibat