Showing posts with label TUGASAN KELAS. Show all posts
Showing posts with label TUGASAN KELAS. Show all posts

Saturday, 7 November 2009

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model Kajian Tindakan Somekh (1989)
Dalam perkembangan kajian tindakan selanjutnya, Bridget Somekh (1989) telah memperkembangkan lagi langkah-langkah dalam kajian tindakan ini dengan lebih mendalam dan terperinci kepada 8 langkah dalam 1 putaran.



Model Kajian Tindakan Ebbutt’s

Model Kajian Tindakan McKernans


Model Kajian Tindakan Elliot
Elliot pula pada dasarnya bersetuju dengan langkah-langkah dan gelungan berturutan yang dikemukakan oleh Kemmis. Elliot telah memperkembangkan model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan.

Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTggart
Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.











KONSEP KAJIAN TINDAKAN


KONSEP DAN DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Terdapat pelbagai variasi dalam mendefinisikan konsep kajian tindakan. Definisi klasik tentang kajian tindakan yang pernah diutarakan oleh ahli-ahli kajian tindakan seperti berikut;

Action research is a three step spiral process of, (1) planning which involved reconnaissance, (2) taking action and, (3) fact-finding about the results of the action.
(Kurt Lewin, 1947)

Action research is the process by which practitioner attempt to study their problem scientifically in order to guide, correct and evaluate their decision and actions.
(Stephen Corey, 1953)

A form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to better understand and solve pressing problem in social setting.
(McKernan, 1988)

A form of collective self-reflective inquiry undertaken by participants in social situations in order to improve the rationality and justice of their own social or educational practices, as well as their understanding of these practices are carried out.
(Kemmis and McTaggart, 1990)


Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang definisi kajian tindakan, namun ianya boleh disimpulkan sebagai satu pendekatan yang memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki amalan masing-masing.


Wednesday, 28 October 2009

Mengapa Kajian Penting Kepada Seorang Guru?

  1. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran melalui penemuan-pebemuan baru daripada kajian yang dilakukan.
  2. Kajian penting dalam mengembang dan menjana idea supaya seorang guru lebih berketerampilan dan holistik.
  3. Bagi seorang guru, kajian dilakukan untuk penambahbaikan pada kajian yang telah dilakukan. Contohnya, guru boleh melakukan kajian yang sama dengan kajian sebelum ini tetapi disesuaikan dengan situasi p&p yang dikendalikannya untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih berkesan.
  4. Kajian penting bagi seorang guru kerana tugas guru bukan sekadar sebagai pendidik, tetapi juga sebagai penyelidik.
  5. Kajian dilakukan oleh guru supaya guru sendiri dapat mengenalpasti sesuatu masalah dalam proses p&p dan mengetahui punca sebenar masalah tersebut dan seterusnya menyelesaikan masalah dengan cara yang sistematik melalui kajian.
  6. Kajian juga penting untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu kepada guru melalui penerokaan dan pembacaan apabila melakukan kajian.
  7. Kajian penting bagi melahirkan seorang guru yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu keputusan sendiri dan bukan menggunapakai hasil kajian orang lain semata-mata.
  8. Kajian penting bagi seorang guru untuk meningkatkan martabat profesion perguruan apabila kajian-kajian guru diketengah dan digunapakai dalam sistem pendidikan negara.
  9. Kajian juga penting untuk meningkatkan kerjasama di antara guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
  10. Selain itu, kajian juga penting kepada guru dalam membantu mereka menghadapi cabaran dan masalah yang berkaitan dengan amalan p&p.