Wednesday 9 December 2009

Aktiviti 13 : Mini Kajian Tindakan

1)Kaedah Token/Ganjaran

PengenalanPenggunaan token ialah merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.


2)Teori Burrhus F.Skinner
Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan. Ianya bermaksud, ianya ransangan dari persekitaran. Teori prinsip-prinsip utama pelaziman operan Skinner terbahagi kepada dua bahagian:
a. peneguhan
Dalam bahagian peneguhan ini pula terbahagi kepada 2 bahagian:
a.Peneguhan positif
Dalam peneguhan positif ini, sesuatu mahkluk hidup yang diberikan upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan atas apa sahaja yang dilakukannya akan mengulangi perlakuan atau perbuatan tersebut.

b.Peneguhan negatif
Dalam peneguhan negatif pula, sesuatu ganjaran akan ditarik semula sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif berdasarkan Jadual Penarikan Token. Contoh perlakuan yang akan ditarik tokennya ialah seperti bergaduh didalam kelas, masuk ke kelas lewat dan sebagainya.


3)Strategi yang digunakan
· Peneguhan berterusan akan diberikan dari peringkat awal hingga dikuasai menggunakan Jadual Peneguhan.
· Peneguhan ini dilakukan secara berkala mengikut jadual nisbah dan jadual masa. Jadual peneguhan nisbah ialah peneguhan diberi mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkahlaku operan dihasilkan, manakala jadual peneguhan masa diberi mengikut masa yang ditetapkan misalnya seminggu diadakan 3 kali, dan markah pelajar akan dikira setiap minggu dan diberikan ganjaran. Dan apabila, pelajar telah terlazim persekitaran yang positif kadar masa peneguhan akan dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesimpulan
· Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi peneguhan terhadap murid berdasarkan setiap perubahan yang dapat dikesan.
· Guru seharusnya bijak melihat keadaan persekitaran sebelum membuat sesuatu tindakan.

Friday 4 December 2009

Aktiviti 12 : Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan,objektif kajian

Aktiviti 11 : Penyataan masalah berdasarkan jurnal

Tajuk Jurnal 1 : Collaborative Learning Enhances Critical Thingking
Oleh : Anuradha A. Gokhale

Apa penyataan masalah dalam kajian?
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dalam perbandingan ujian antara pembelajaran individu dan pembelajaran kolaboratif.
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian ujian pemikiran kritikan antara pembelajaran individu dan pembelajaran kolaboratif.

Bagaimana mereka melapor penyataan masalah?
Penyataan masalah dalam jurnal ini dibuat berdasarkan pemerhatian oleh pengkaji terhadap situasi pelajar di kolejnya yang kurang mengambil bahagian dalam memberi idea-idea atau mengutarakan pendapat di dalam kelas. Pengkaji juga mendapati kajian-kajian berkaitan pembelajaran secara kolaboratif sering dilakukan di peringkat sekolah sahaja. Oleh itu, beliau ingin melihat keberkesanan pembelajaran kolaboratif ini kepada pelajar-pelajarnya di kolej untuk lebih aktif sebagai pemikir yang kritis-dan kreatif secara berpasukan untuk sama-sama mencambah idea.


Tajuk Jurnal 2 : Direct Instruction With Playful Skill Extentions
Oleh : Jean M Keaton

Apa penyataan masalah dalam kajian?
1. Adakah pengajaran secara arahan langsung melaui permainan berkesan untuk meningkatkan kemahiran menulis dan membaca di kalangan pelajar.
2. Adakah kaedah pengajaran yang digunakan ini dapat meningkatkan kemahiran menulis dan membaca di kalangan pelajar.

Bagaimana mereka melapor penyataan masalah?

Aktiviti 10 : Penyataan masalah daripada buku

Daripada buku yang dibaca iaitu Passionate Enquiry and School Development : A Story About Teacher Action Research, terdapat beberapa penyataan masalah daripada kajian-kajian yang dilakukannya.

Saturday 21 November 2009

Aktiviti 9 : Mini Kajian Tindakan

Matlamat
-Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam proses p&p di dalam kelas menggunakan kaedah pemberian token.

Objektif
a) Meneroka
-mengcungkil kebolehan dan bakat pelajar di dalam kelas
- menjana minda dan merangsang idea kreatif pelajar

b)Menilai
-Menilai tahap penglibatan pelajar di dalam kelas, sama ada aktif atau tidak.
-Menilai tahap keyakinan dan keberanian pelajar untuk tampil menonjolkan diri di dalam kelas.
-Menilai tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar terhadap sesuatu pengajaran di dalam kelas.

AKTIVITI 8 : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MINI KAJIAN TINDAKAN

Pengalaman/refleksi Individu

Berdasarkan pengalaman saya, terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi kelemahan yang telah dilakukan oleh guru kemahiran hidup tersebut yang boleh dibaiki untuk meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan kaedah ini. Antaranya ialah;

1)Guru perlu mengubah kreativiti pengajarannya supaya lebih menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek kemahiran hidup. Selain memberi rangsangan dalam bentuk pujian, guru boleh memberi peneguhan dalam bentuk token ekonomi supaya pelajar lebih bersemangat di dalam mengikutu sesi p & p.

2)Guru perlu mengesan dan bertindak terhadap pelajar-pelajar yang tidak melibatkan secara aktif di dalam sesi p & p dengan melakukan aktiviti yang perlu melibatkan semua pelajar. contohnya meminta pelajar melakukan aktiviti secara berkumpulan dan setiap kumpulan perlu bersaingan antara satu sama lain untuk mendapatkan mata tertinggi.


Pengalaman/refleksi Berpasukan

(Norfaslin Binti Sudin)
Diantara cadangan yang saya ingin kemukakan ialah:
a)Guru perlu membuat penambahbaikan didalam pengajaran seperti contoh memberikan token setiap kali pelajar dapat menjawab dengan betul atau jika mendapat markah tertinggi. Ini akan menjadikan semua pelajar didalam kelas itu berusaha untuk mendapat markah tertinggi didalam kelas.

b)Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar, dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisional sahaja. Kaedah yang boleh diperkenalkan ialah penggunaan token dan juga tayangan video.

(Marina Binti Ismail)
1)guru perlu mempelbagaikan pemberian token dan hukan hanya tertumpu kepada satu jenis token sahaja
2)guru perlu memberi token secara bersistematik misalnya seperti mengumpul mata supaya pemberian token lebih adil kepada pelajar
3)guru juga boleh memberi token mengikut kesukaan pelajar
4)guru tidak boleh berterusan memberi token kepada pelajar

Aktiviti 7: Kelemahan Pengajaran Menggunakan Token

Pengalaman/refleksi Individu
Subjek kemahiran hidup berdasarkan pengalaman yang saya lalui mempunyai kelemahan juga. Antara kelemahannya ialah;

1)Tidak semua pelajar di dalam kelas berminat untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari kerana terdapat pelajar yang hanya berminat terhadap subjek-subjek yang berbentuk teori sahaja.

2)Pendekatan yang digunakan oleh guru dan projek-projek amali yang dilakukan adalah stereotaip sepanjang masa. Guru-guru Kemahiran Hidup seharusnya merancang sesuatu projek yang dekat dengan persekitaran mereka supaya pelajar lebih berminat untuk menyertai aktiviti amali.

3)Tiada rangsangan yang dilakukan oleh guru Kemahiran Hidup terhadap pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek ini.

Pengalaman/refleksi Berpasukan
(Norfaslin Binti Sudin)
Bagi saya, untuk subjek Kemahiran Hidup ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan. Di antaranya ialah:-
a) Tidak minat-Tidak semua pelajar disekolah meminati subjek Kemahiran Hidup. Ini kerana, mereka tidak menyukai guru yang mengajar atau pengajaran guru terlalu membosankan. Tidak semua pelajar menyukai kemahiran yang diberikan oleh guru.

b) Penerangan tradisional-Penerangan yang dibuat disekolah terlalu tradisional. Tiada tayangan video atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Cara yang selalu digunakan ialah dengan cara demonstrasi.

c)Tidak diberikan hadiah-sebagai contoh, apabila satu kumpulan itu menang seperti contoh pertandingan memasak diantara kumpulan, guru tidak memberikan sebarang hadiah. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan minat pelajar untuk memenangi pertandingan tersebut.

(Marina Binti Ismail)
melalui pengalaman saya, penggunaan token mempunyai kelemahan tertentu:
1)biasanya pemberian token lebih tertumpu kepada pelajar aktif dan pelajar pasif merasa mereka terpinggir kerana pelajar cergas di dalam kelas sahaja yang sentiasa mendapat ganjaran.
2)ada juga pelajar yang tidak kisah dengan pemberian token.
3)kadang kala pemberian token membuatkan pelajar membuat sesuatu kerja dengan mengharapkan ganjaran.