Saturday 21 November 2009

AKTIVITI 8 : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MINI KAJIAN TINDAKAN

Pengalaman/refleksi Individu

Berdasarkan pengalaman saya, terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi kelemahan yang telah dilakukan oleh guru kemahiran hidup tersebut yang boleh dibaiki untuk meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan kaedah ini. Antaranya ialah;

1)Guru perlu mengubah kreativiti pengajarannya supaya lebih menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek kemahiran hidup. Selain memberi rangsangan dalam bentuk pujian, guru boleh memberi peneguhan dalam bentuk token ekonomi supaya pelajar lebih bersemangat di dalam mengikutu sesi p & p.

2)Guru perlu mengesan dan bertindak terhadap pelajar-pelajar yang tidak melibatkan secara aktif di dalam sesi p & p dengan melakukan aktiviti yang perlu melibatkan semua pelajar. contohnya meminta pelajar melakukan aktiviti secara berkumpulan dan setiap kumpulan perlu bersaingan antara satu sama lain untuk mendapatkan mata tertinggi.


Pengalaman/refleksi Berpasukan

(Norfaslin Binti Sudin)
Diantara cadangan yang saya ingin kemukakan ialah:
a)Guru perlu membuat penambahbaikan didalam pengajaran seperti contoh memberikan token setiap kali pelajar dapat menjawab dengan betul atau jika mendapat markah tertinggi. Ini akan menjadikan semua pelajar didalam kelas itu berusaha untuk mendapat markah tertinggi didalam kelas.

b)Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar, dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisional sahaja. Kaedah yang boleh diperkenalkan ialah penggunaan token dan juga tayangan video.

(Marina Binti Ismail)
1)guru perlu mempelbagaikan pemberian token dan hukan hanya tertumpu kepada satu jenis token sahaja
2)guru perlu memberi token secara bersistematik misalnya seperti mengumpul mata supaya pemberian token lebih adil kepada pelajar
3)guru juga boleh memberi token mengikut kesukaan pelajar
4)guru tidak boleh berterusan memberi token kepada pelajar

0 comments: