Matlamat
-Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam proses p&p di dalam kelas menggunakan kaedah pemberian token.
Objektif
a) Meneroka
-mengcungkil kebolehan dan bakat pelajar di dalam kelas
- menjana minda dan merangsang idea kreatif pelajar
b)Menilai
-Menilai tahap penglibatan pelajar di dalam kelas, sama ada aktif atau tidak.
-Menilai tahap keyakinan dan keberanian pelajar untuk tampil menonjolkan diri di dalam kelas.
-Menilai tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar terhadap sesuatu pengajaran di dalam kelas.
Saturday, 21 November 2009
Aktiviti 9 : Mini Kajian Tindakan
Posted by masyee at 12:53 0 comments
Labels: AKTIVITI
AKTIVITI 8 : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MINI KAJIAN TINDAKAN
Pengalaman/refleksi Individu
Berdasarkan pengalaman saya, terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi kelemahan yang telah dilakukan oleh guru kemahiran hidup tersebut yang boleh dibaiki untuk meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan kaedah ini. Antaranya ialah;
1)Guru perlu mengubah kreativiti pengajarannya supaya lebih menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek kemahiran hidup. Selain memberi rangsangan dalam bentuk pujian, guru boleh memberi peneguhan dalam bentuk token ekonomi supaya pelajar lebih bersemangat di dalam mengikutu sesi p & p.
2)Guru perlu mengesan dan bertindak terhadap pelajar-pelajar yang tidak melibatkan secara aktif di dalam sesi p & p dengan melakukan aktiviti yang perlu melibatkan semua pelajar. contohnya meminta pelajar melakukan aktiviti secara berkumpulan dan setiap kumpulan perlu bersaingan antara satu sama lain untuk mendapatkan mata tertinggi.
Pengalaman/refleksi Berpasukan
(Norfaslin Binti Sudin)
Diantara cadangan yang saya ingin kemukakan ialah:
a)Guru perlu membuat penambahbaikan didalam pengajaran seperti contoh memberikan token setiap kali pelajar dapat menjawab dengan betul atau jika mendapat markah tertinggi. Ini akan menjadikan semua pelajar didalam kelas itu berusaha untuk mendapat markah tertinggi didalam kelas.
b)Guru perlu mempelbagaikan kaedah mengajar, dan tidak terlalu bergantung kepada cara tradisional sahaja. Kaedah yang boleh diperkenalkan ialah penggunaan token dan juga tayangan video.
(Marina Binti Ismail)
1)guru perlu mempelbagaikan pemberian token dan hukan hanya tertumpu kepada satu jenis token sahaja
2)guru perlu memberi token secara bersistematik misalnya seperti mengumpul mata supaya pemberian token lebih adil kepada pelajar
3)guru juga boleh memberi token mengikut kesukaan pelajar
4)guru tidak boleh berterusan memberi token kepada pelajar
Posted by masyee at 12:40 0 comments
Labels: AKTIVITI
Aktiviti 7: Kelemahan Pengajaran Menggunakan Token
Pengalaman/refleksi Individu
Subjek kemahiran hidup berdasarkan pengalaman yang saya lalui mempunyai kelemahan juga. Antara kelemahannya ialah;
1)Tidak semua pelajar di dalam kelas berminat untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari kerana terdapat pelajar yang hanya berminat terhadap subjek-subjek yang berbentuk teori sahaja.
2)Pendekatan yang digunakan oleh guru dan projek-projek amali yang dilakukan adalah stereotaip sepanjang masa. Guru-guru Kemahiran Hidup seharusnya merancang sesuatu projek yang dekat dengan persekitaran mereka supaya pelajar lebih berminat untuk menyertai aktiviti amali.
3)Tiada rangsangan yang dilakukan oleh guru Kemahiran Hidup terhadap pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek ini.
Pengalaman/refleksi Berpasukan
(Norfaslin Binti Sudin)
Bagi saya, untuk subjek Kemahiran Hidup ini terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan. Di antaranya ialah:-
a) Tidak minat-Tidak semua pelajar disekolah meminati subjek Kemahiran Hidup. Ini kerana, mereka tidak menyukai guru yang mengajar atau pengajaran guru terlalu membosankan. Tidak semua pelajar menyukai kemahiran yang diberikan oleh guru.
b) Penerangan tradisional-Penerangan yang dibuat disekolah terlalu tradisional. Tiada tayangan video atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Cara yang selalu digunakan ialah dengan cara demonstrasi.
c)Tidak diberikan hadiah-sebagai contoh, apabila satu kumpulan itu menang seperti contoh pertandingan memasak diantara kumpulan, guru tidak memberikan sebarang hadiah. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan minat pelajar untuk memenangi pertandingan tersebut.
(Marina Binti Ismail)
melalui pengalaman saya, penggunaan token mempunyai kelemahan tertentu:
1)biasanya pemberian token lebih tertumpu kepada pelajar aktif dan pelajar pasif merasa mereka terpinggir kerana pelajar cergas di dalam kelas sahaja yang sentiasa mendapat ganjaran.
2)ada juga pelajar yang tidak kisah dengan pemberian token.
3)kadang kala pemberian token membuatkan pelajar membuat sesuatu kerja dengan mengharapkan ganjaran.
Posted by masyee at 12:33 0 comments
Labels: AKTIVITI
Aktiviti 6 : Kekuatan Pengajaran Menggunakan Token
Kekuatan Penggunaan Token Dalam P&P
a)Pengalaman/refleksi secara individu
(Mashitoh Abdullah) Kemahiran Hidup
Semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah saya telah mempelajari subjek Kemahiran Hidup. Pada pendapat saya subjek ini mempunyai beberapa kekuatannya tersendiri. Antaranya ialah;
1) pelajar dapat menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing semasa menjalankan projek amali seperti bertani, memasak, menjahit, bertukang dan sebagainya.
2)subjek ini dapat mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar-pelajar.
3)subjek ini dapat melatih pelajar untuk lebih berkemahiran dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang.
b)Pengalaman/ferleksi secara berpasukan
(Norfaslin binti Sudin) Kemahiran Hidup
Bagi saya untuk matapelajaran Kemahiran Hidup terdapat beberapa kekuatan untuk subjek tersebut iaitu:-
a) Diajar kemahiran yang pelbagai-Kemahiran pelbagai telah diperkenalkan untuk pelajar menguasai kemahiran yang telah diberikan oleh guru
b) Pembelajaran lebih bermakna-Ini kerana kemahiran yang didapati dan maklumat yang diberikan oleh guru dulu, telah memberikan saya panduan sehingga ke hari ini.
c) Dapat menyelesaikan masalah dengan baik-Ketika matapelajaran ini diajar disekolah, kami diberikan tugasan dimana kami dikehendaki membuat sesuatu yang luar biasa dari yang lain. Kami telah melakukan projek menggunakan bahan buangan untuk dijadikan bunga, bekas pensel dan lain-lain lagi. Ini memberi kesan kepada saya sehingga ke hari ini supaya bersikap rasional ketika membuat sebarang keputusan.
d) Dapat menjana minda pelajar-Ini dimaksudkan dengan dimana, apabila diberi bahan terbuang kami dikehendaki mencipta sesuatu yang kreatif. Ini telah menjadikan pelajar sentiasa menjana minda untuk membuat sesuatu yang kreatif.
(Marina Binti Ismail) Bahasa Melayu
melalui pengalaman saya di sekolah rendah khususnya dalam subjek bahasa Melayu dan pendidikan seni-guru selalu memberikan pujian dan bintang kepada saya dan rakan.
kekuatan yang didapati adalah:
1)menarik minat pelajar untuk belajar
2)merangsang pelajar untuk menyiapkan tugasan
3)dapat membuatkan pelajar bersaing sesama rakan mereka
4)merangsang pelajar untuk membuat tugasan yang diberi dengan lebih baik lagi
C) Pengalaman/refleksi dari pasukan lain
-untuk matapelajaran Kemahiran Hidup diajar banyak kemahiran yang boleh digunakan dimasa akan datang. Pengalaman berkaitan kemahiran ini, kebanyakan diajar disekolah ketika waktu Kemahiran Hidup. Dirumah, kita tidak pernah mendapat kemahiran seperti yang diajar disekolah.
d) Literature Riview
JURNAL, THE EFFECTS OF A TOKEN ECONOMY SYSTEM IN COMPARISON TO
SOCIAL PRAISE ON THE MANIFEST BEHAVIORS OF ELEMENTARY
LEARNING DISABLED STUDENTS
By
Kimberly Waggy
"The results of this study found that there was no significant difference between a token
economy system in comparison to social praise on the manifest behaviors of elementary learning
disabled students. This may have been caused by the similarities of the learning disabled
students."
Ini bermaksud penggunaan token dalam bentuk ekonomi mahupun pujian
Posted by masyee at 12:11 0 comments
Labels: AKTIVITI
Friday, 13 November 2009
Aktiviti 5 : Kepentingan Kajian Tindakan Kepada Guru Novis
1)Supaya guru dapat meningkatkan mutu amalan yang dilakukan ke arah yang lebih baik lagi sebagai satu langkah untuk memajukan diri.
2) untuk memperbaiki teknik pengajaran agar ia dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih aktif.
3) Untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian pelajar di dalam kelas
4) Meningkatkan dan membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui pengajaran yang berkesan
5) Sebagai satu langkah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi sama ada melibatkan P&P, pencapaian pelajar atau pun prestasi guru.
6) Memperkembangkan pengetahuan yang sedia ada dan cuba mencari penemuan yang terbaru dan terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
7) Menjadikan guru itu kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
Posted by masyee at 16:33 0 comments
Labels: AKTIVITI
Aktiviti 4 : Cadangan Mini Kajian Tindakan
Tajuk:: Penggunaan token/ganjaran dalam meningkatkan persaingan di kalangan pelajar.::
Oleh: Mashitoh Abdullah, Marina Ismail & Norfaslin Sudin
Peryataan masalah:
Seperti yang sedia umum para pelajar susah untuk menjawab dan mengemukakan soalan selepas aktiviti pengajaran berlaku. Ini keran pengajaran tersebut membosankan mereka. Disamping itu, melalui kaedah ini, kami juga mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku didalam bilik darjah dan cuba mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Ini bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang, point, ataupun boleh juga dalam bentuk setem dimana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid. Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkahlaku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.Pelaksanaan1. Kenalpasti tingkahlaku sasaran ( peraturan )2. Kenalpasti bahan token. ( Cth: cip,cop bintang dll )3. Kenalpasti ganjaran yang akan diperolehi. ( Cth: bekas pensel )4. Kenalpasti kadar nilai ganjaran ( menu ganjaran ) ( Cth: 10 bintang dapat sebatang pensel.)5. Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.Kriteria Pemilihan Token1. Disukai oleh murid.2. Mencukupi bila diperlukan.3. Praktis - tidak menyusahkan.4. Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.5.Tidak mudah diperolehi di tempat lain.6. Tahan lama.Peryataan masalah:1)Seperti yang sedia umum para pelajar susah untuk menjawab dan mengemukakan soalan selepas aktiviti pengajaran berlaku. Ini keran pengajaran tersebut membosankan mereka. Disamping itu, melalui kaedah ini, kami juga mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku didalam bilik darjah dan cuba mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.2)Pelajar terlalu pasif dan aktif didalam kelas, untuk beri peneguhan token ini diperkenalkan kepada pelajar
Sebab memilih tajuk ini ialah:
1.untuk menarik minat pelajar dengan matapelajaran yang dipelajari.
2.untuk menggalakkan pelajar bertanya di dalam kelas.
3.untuk memberi peluang pelajar untuk menjawab di dalam kelas.
4. untuk menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi.
Peserta kajian
-Rakan-rakan sekelas pengajaran makro (masalah pembelajaran & pendengaran)
Set Kajian
-Didalam kelas pengajaran makro (masalah pembelajaran & pendengaran)
Maklumat tambahan untuk mini kajian tindakan kami:
Jadual Pemberian Token
1. Menyiapkan tugasan yang diberi guru 3 Token
2. Menghantar tugasan tepat pada waktunya 3 Token
3. Mengangkat tangan untuk menjawab soalan 2 Token
4. Tugasan yang dibuat sentiasa kemas dan betul 2 Token
5. Tidak menganggu rakan sepanjang pengajaran guru dalam kelas
TokenJadual Penarikan Balik Token
1. Bergaduh di dalam kelas 4 Token
2. Tidak hadir ke sekolah 3 Token
3. Masuk ke dalam kelas lewat 2 Token
4. Menjerit ketika menjawab soalan 2 Token
5. Tertinggal alat tulis di dalam kelas
TokenJadual sewaan alatan
1. Pensel warna 4 Token
2. Pemadam 3 Token
3. Pembaris 2 Token
4. Gunting 2 Token
5. Pengasah pensel 1 Token
6. Pensel 1 Token
Posted by masyee at 16:30 0 comments
Labels: AKTIVITI
Aktiviti 3 : Pembentangan Kolokium DPLI Januari
PEMBENTANGAN PERTAMA
Problem Study
1. Will cooperative learning increase students’ participation in EST teaching and learning process?
2. Will students’ interest increase by conducting cooperative learning?
Methodology/sampling/setting
Sampling or the targeted participants consisted of 28 Form 4H students and 32 Form 4N students in ST. JOHN Institution (SJI). Model of this action research used is Gerald Susman Model. This model including diagnosing, action planning, taking action, reflection, amended plan, take second action stage. Procedure in this research start with forming of groups and than different task topic given. After that, student by group doing their work with searching information through internet and will transfer information from linear text to non-linear text. Last procedure student doing presentation by using all information that they found.
Data Collected
Base on data collected, it was found that the used of this technique produced positive results in terms of students participation in the lesson and their ability to present their findings outcome orally and share their information with the class. The data of the research was collected by using classroom observation, interview students finding and questionnaire. The data was analyzed quantitatively and qualitatively.
Finding
The finding in this research showed the increase in students participation and their interest. Moreover, the targeted classrooms atmosphere becomes more positive. They looked excited to search information through internet and able to finish their work on time.
Input From Presentation
Student more interested learning by group and cooperative learning actually give advantage for student to help each other in learning process. Using internet resources also will attract student’s participation and interest in learning English For Science And Technology (EST) subject.
PEMBENTANGAN KEDUA
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Oleh; Siti Zubaidah Bt Ingsa dan Suryatee Bt Abd Rashid
Penyataan Masalah
1. Mengenalpasti pengalaman dan pandangan pelajar terhadap pembelajaran berpusatkan guru (teachers centred).
2. Menilai dan mengetahui pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam sebelum pembelajaran koperatif diperkenalkan.
3. Menilai pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam selepas pembelajaran koperatif diperkenalkan.
Metodologi /sampel/ setting Kajian
Prosedur yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada empat, iaitu mengenalpasti masalah, merancang, tindakan dan refleksi. Dalam kajian ini juga, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan ialah dengan menggunakan kaedah;
1. Kaedah pemerhatian dibuat melalui refleksi guru, penilaian guru matapelajaran Pendidikan Islam serta penilaian daripada penyelia.
2. Soalan ujian pre-test dan post-test. Kaedah ini digunakan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar serta senarai semak untuk mengetahui respon daripada pelajar mengenai pembelajaran yang telah berlangsung.
3. Boring soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik pembelajaran berpusatkan pelajar dan soal selidik pembelajaran berpusatkan guru.
Responden untuk kajian ini terdiri daripada para pelajar dari tingkatan 4DK1/2 dan 4DK3/4 dari Sekolah Menengah Danau Kota, Kuala Lumpur.
Pengumpulan Data
Selepas mengenalpasti masalah dan merancang kaedah pembelajaran koperatif, tindakan dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah yang dirancang di dalam kelas Pendidikan Islam. Kemudian, penambahbaikan dilakukan selepas membuat sesi refleksi melalui pemerhatian dan soalan-soalan ujian pre-test, post-test dan borang soal selidik.
Hasil Dapatan
Hasil dapatan daripada kajian ini dapat ditunjukkan dalam dua bentuk iaitu data kualitatif dan data kuantitatif. Data kualitatif berkaitan dengan perubahan sikap pelajar-pelajar yang boleh dilihat melalui pemerhatian. Manakala, data kuantitatif dapat dilihat melalui pencapaian markah mereka dalam matapelajaran Pendidikan Islam.Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa pengajaran guru berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dengan menggunakan pemebelajaran secara koperatif melalui teknik ”numbered head together” dan ”thinks-pair-share”. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hanya sedikit sahaja penurunan peratusan pencapaian yang disebabkan oleh ketidakhadiran pelajar semasa ujian berlangsung. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada para pentadbir dan pelajar amnya dan para guru Pendidikan Islam khususnya untuk mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Input Daripada Pembentangan
Daripada pembentangan ini saya dapat membezakan antara penilaian bersama yang dilakukan secara tradisional lebih berbentuk penilaian yang hanya dibuat oleh satu pihak sahaja iaitu guru. Manakala penilaian dalam pembelajaran koperatif dilakukan bersama oleh semua pihak iaitu guru serta ahli kumpulan. Keadaan ini akan memudahkan guru membuat keputusan penilaian dengan lebih adil serta dapat diterima oleh setiap pelajar dalam kumpulan secara terbuka. Selain itu, pembelajaran secara bekerjasama mampu meningkatkan kualiti hasilan pembelajaran.
CADANGAN/ULASAN KEDUA-DUA PEMBENTANGAN
Dari segi pemilihan tajuk, kedua-dua tajuk yang dibentangkan ini dilihat menepati kehendak untuk dijadikan sesuatu tajuk dalam kajian tindakan. Namun, kedua-dua tajuk tersebut agak panjang dan sebenarnya ia boleh diringkaskan lagi.
Posted by masyee at 16:28 0 comments
Labels: AKTIVITI


